Spesifikasi
Bahan Mentah - Perak tulen 999 (99.9%)
Berat - 14.875gram
Diameter - 30mm
Bentuk - bulat
Tahun - 2010
Nilai Muka - 5 Dirham
Keadaan - Peruf (P)
Harga
Belian - RM65
Numismatik - NA
Buatan
World Islamic Mint
Tempaan - tidak dikenalpasti
Dilancarkan pada 12 Ogos 2010, siri kedua dinar dan dirham Kelantan ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan di Malaysia untuk memulihkan sistem kewangan Islam khususnya. Pelancarannya dirasmikan oleh Y.A.B Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan kini di Pusat Konvensyen Kelantan. Syiling Dinar dan Dirham kali ini ditempa oleh World Islamic Mint. Walaubagaimanapun siri pertama Dinar yang dikeluarkan ditempa oleh Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd. Dikatakan keluaran kedua ini lagi bermutu hasilannya dan mempunyai reka bentuk yang cantik. Maklumat lanjut, http://www.dinarkel.com/ dan http://www.islamicmint.com/main.html.
Muka Depan
Ditengah-tengah syiling terdapat jata negeri Kelantan Darul Naim. Di lingkaran luar atas dan bawah syiling ditulis KERAJAAN NEGERI KELANTAN dan GOVERNMENT OF KELANTAN. Di sebelah kanannya dicatit 999.0 SILVER mankala di sebelah kirinya pula 2 DIRHAM.
Muka Belakang
Di tengah atas syiling terdapat logo World Islamic Mint (WIM) dan ini merupakan tanda dagang WIM pada kebiasaan syiling yang ditempanya. Di lingakaran tengah syiling tertulis kalimah syahadah Islam dalam Bahasa Arab 'La Ilaha Illa Allah Muhammad Rasul Allah' yang bermaksud 'Tiada Tuhan Melainkan Allah Muhammad Pesuruh Allah'. Manakala di luar lingkaran pula terdapat ayat suci al-Quran surah Al-Mu'minun ayat 52, "Wa innahadzihi ummatakum umatan wahidatan wa inna robbakum fattaqun." yang bermaksud 'Agamamu adalah agama yang satu maka bertakwalah kepada Allah'.
0 comments:
Post a Comment