Authentication needed.
Bahan Mentah - 90% perak, 10% kuprum
Berat - 29.95gram (0.96oz)
Diameter - 39mm
Tebal - 2.95mm
Bentuk - bulat
Tahun - 1911
Nilai Muka - 1 Dollar
Keadaan - Baik (F)
Harga
Belian - RM20
Numismatik - USD20-30
Buatan
Bombay Mint
Tempaan - 37.5 juta
British Trade Dollar merupakan syiling yang digunakan di tanah jajahan British sekitar tahun 1895 hingga 1903 (Straits Settlements) dan 1935 (Hong Kong). Selepas tahun 1903 di mana Trade Dollar telah ditukarkan sepenuhnya penggunaannya kepada Straits Dollar, syiling ini telah menjadi hak ekslusif Hong Kong dan hanya ditempa untuk keluaran sana saja pada waktu itu. Terdapat dua tempat tempaan syiling ini yang boleh dikenal pasti melalui tanda 'B' di hujung trident ataupun 'C' di celah bawah kaki Britannia. 'B' merupakan tempaan Bombay Mint manakala 'C' pula tempaan Calcutta Mint. Tempaan 1921-B tidak pernah dikeluarkan untuk penggunaan harian manakala terdapat beberapa tahun keluaran lain yang mempunyai kuantiti tempaan rendah menjadi rebutan pemgumpul syiling dunia. Syiling ini ditarik pengeluarannya pada 1 Ogos 1937.
Muka Depan
Menunjukkan Britannia berdiri di tepi pantai memegang trident dan perisai serta memakai helmet perang. Terdapat juga kapal di latar belakang yang mungkin bermaksud perdagangan British ke Timur Jauh. Ia dikelilingi dengan perkataan ONE DOLLAR di atas. Britannia merupakan simbol perang British dan simbol negara itu sendiri. Hibernia (adik kepada Britannia) merupakan simbol negara Ireland dan Zealandia (anak Britannia) simbol negara New Zealand. Bitannia mulanya dikatakan digunakan pada syiling semasa pemerintahan Hadrian lagi iaitu masa pemerintahan Roman British. Julius Caesar pada tahun 55 BC lah yang menamakan tanah jajahannya di sekitar kepulauan British kini.
Muka Belakang
Menunjukkan perkataan Satu Ringgit dalam bahasa Melayu Jawi dan dalam bahasa Cina berpadanan dengan fungsinya di Tanah Melayu serta Hong Kong.
0 comments:
Post a Comment