Spesifikasi
Ukuran - 140mm x 70mm
Siri Keluaran - 1997 (24 Mei 1997)
Warna - hijau gelap, hijau
Nilai Muka - 5 Nakfa
Keadaan - 'Uncirculated' (UNC)Material - kertas kapas
Buatan
Giesecke & Devrient
Eritrea merupakan negara yang terletak  di tanduk Afrika yakni di bahagian timur benua itu. Ia bersempadanan  dengan Sudan di sebelah barat, Ethiopia di bahagian selatan dan Djibouti  di bahagian tenggara.  Eritrea mendapat kemerdekaan daripada Itali pada  November 1941 dan Ethiopia pada 24 Mei 1993. Ibu negaranya adalah  Asmara. Ia   mempunyai  kira-kira 5.2 juta      orang    penduduk. Ia        menggunakan matawang Nakfa (ERN).
Muka Depan
Di  muka depan wang terdapat  gambar tiga orang daripada generasi kanak-kanak, muda dan tua. Di bahagian atas wang terdapat  perkataan STATE OF ERITREA iaitu nama rasmi negara Eritrea. Di bahagian  bawahnya pula terdapat perkataan FIVE NAKFA. Nilai muka wang 5 dicetak di  bahagian kanan atas dan kedua-dua bucu kiri wang. Di sebelah kanan atas  juga terdapat perkataan 'Legal tender of Eritrea'. Nombor siri wang  pula dicetak di bahagian kanan dan kiri wang. Tandatangan terdapat di  bahagian kiri bawah.
Muka Belakang
Muka Belakang
Di        tengah wang terdapat   gambar sepohon pokok Jacaranda tua yang terdapat di Eritrea. Di atas wang pula terdapat  perkataan BANK OF ERITREA serta FIVE NAKFA di bahagian bawah wang. Nilai  muka wang 5 dicetak di setiap bucu wang. Logo Bank Eritrea terdapat di bahagian kanan wang.





 
 

0 comments:
Post a Comment