• "the finest collection"

    Diana People's Princess $10 Sierra Leone







    Spesifikasi

    Bahan Mentah - Perak sterling 925 (92.5%)
    Berat - 28.28gram
    Diameter - 38.61mm
    Bentuk - bulat
    Tahun -1997
    Nilai Muka - 10 Dollar
    Keadaan - Peruf (P)


    Harga

    Belian - GBP13.32
    Numismatik - USD40-50


    Buatan

    Sierra Leone
    Tempaan - NA


    Syiling keluaran khas dari Sierra Leone ini merupakan syiling khas memperingati sejarah kematian Puteri Diana, Puteri Wales pada 31 Ogos 1997. Dilahirkan pada 1 Julai 1961, Puteri Diana merupakan salah seorang kerabat diraja British yang dihormati selepas berkahwin dengan Putera Charles, Putera Wales pada 29 Julai 1981. Mereka mendapat dua cahaya mata lelaki iaitu Putera Harry dan William. Walaubagaimanapun, Puteri Diana bercerai dengan suaminya pada 28 Ogos 1996, setahun sebelum kematiannya.

    Sierra Leone terletak di barat Africa. Merupakan negara republik berperlembagaan. Mempunyai penduduk kira-kira 6.4 juta. Ia mendapat kemerdekaan daripada United Kindom pada 27 April 1961 dan sepuluh tahun kemudiannya mengisytiharkan sebagai negara republik. Terdapat 60% penduduk Islam di negara itu walaubagaimanapun tiada agama rasmi negara yang diisytiharkan. Ibu negaranya adalah Freetown dan ia menggunakan matawang Leone (SLL).

    Muka Depan

    Ditengah-tengah syiling terdapat gambar Puteri Diana bersama dua orang anaknya iaitu Putera Harry dan William. Di luar lingkaran syiling tertulias 'Diana - The People's Princess', tahun kelahirannya, 1961 dan kematiannya, 1997 serta nilai muka syiling, $10.

    Muka Belakang

    Di muka belakang terdapat jata negara Sierra Leone dan tulisan REPUBLIC OF SIERRA LEONE serta tahun keluaran duit ini iaitu 1997.

    0 comments:

    Post a Comment

     

    Numis News

    # Namibia new 10 and 20 Dollars reported.. more
    # New Belarus coin Virgo 2013.. more
    # Iran new 5,000 Rial note reported.. more

    Numis Trivia

    # Flowing Hair Dollar is the most expensive coin in the world. Sold for $7.85m.. more
    # US Grand Watermelon note is the most expensive paper money in the world. Sold for $2.255m in 2006.. more
    # Doubloon is popular name of a Spanish gold coin originally valued at 4 dollars. The formal term was "2 escudos".
    # Maundy money is an annual gift made on Maundy Thursday of a set of pure silver coins made by the Royal Mint and distributed personally by the Monarch to the poor of Canterbury. The number of sets reflects the number of years the Monarch has occupied the throne.

    Numis Terms

    # Coin Alignment - A method of striking in which the obverse and reverse dies are aligned 180 degrees from each other. [more]
    # Medal Alignment - A method of striking coins in which both the obverse and reverse dies are aligned in the same direction. [more]
    # Effigy - The image or likeness of a person, usually on the obverse of a coin or medal.
    # Luster - Appearance of a coin's ability to reflect light; brilliance. Percentage of the original mint luster is one of the factors in determining grades of "Mint State" coins (e.g. MS-60, MS-65).