Bahan Mentah - Perak sterling 999 (99.9%)
Berat - 1ozt. (31.64gram)
Diameter - 40.60mm
Bentuk - bulat
Tahun - 2000
Nilai Muka - 1 Dollar
Keadaan - Frosted Mint
Harga
Belian - GBP24.00
Numismatik - USD35-40
Buatan
Australia
Tempaan - the Perth Mint, Australia
Limit - 300,000 keping
Kookaburra merupakan spesis burung raja udang yang tergolong dalam keluarga Dacelo. Ia banyak terdapat di kepulauan Australia dan New Guinea. Laughing Kookaburra (Dacelo novaeguineae) merupakan burung simbol negara Australia. Tidak seperti raja udang, Kookaburra tidak bergantung kepada air untuk mencari makanan. Ia juga boleh didapati di kawasan savana yang kering. Terdapat 4 jenis Kookaburra yang dikenal pasti kini. Kookaburra adalah haiwan karnivor dan memakan serangga, tikus kecil serta ulat-ulat.
Australia ialah negara pulau yang terletak di Australasia di hemisfera selatan. Ibu negaranya adalah Canberra dan bandar terbesarnya adalah Sydney. Kerajaannya adalah demokrasi berparlimen persekutuan dan raja berperlembagaan di mana Ratu Elizabeth II sebagai rajanya. Australia mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom melalui perlembagaan pada 1 Januari 1901. Ia mempunyai kira-kira 22.5 juta orang penduduk. Australia menggunakan matawang Dollar (AUD).
Ditengah-tengah syiling terdapat lukisan Kookaburra di atas dahan pokok beri serta daun dan buahnya. Di lingkaran luar syiling terdapat perkataan THE AUSTRALIAN KOOKABURRA 1OZ. 999 SILVER dan tahun keluaran syiling iaitu 2000 di bawahnya.
Muka Belakang
Di muka belakang terdapat potrait Ratu Elizabeth kedua ditengahnya. Di lingkaran luar syiling terdapat perkataan ELIZABETH II AUSTRALIA di atas dan nilai muka syiling 1 DOLLAR di bawah.
0 comments:
Post a Comment