Bahan Mentah - Perak sterling 925 (92.5%)
Berat - 31.47gram
Diameter - 38.61mm
Bentuk - bulat
Tahun -1994
Nilai Muka - 25 Rupee
Keadaan - Peruf (P)
Harga
Belian - GBP14.49
Numismatik - USD35-45
Buatan
Seychelles
Tempaan - Royal Mint, United Kingdom
Limit - 20,000
Syiling keluaran khas ini merupakan syiling khas memperingati Ratu Elizabeth I ataupun nama sebenarnya, Lady Elizabeth Bowes-Lyon diberi gelaran the Queen Mother. Dilahirkan pada 4 Ogos 1900, Ratu Elizabeth merupakan salah seorang kerabat diraja British yang dihormati. Ratu ini merupakan salah seorang wanita yang berpengaruh besar dalam abad ke-20 ini. Baginda berkahwin dengan Putera Albert pada tahun 1923.
Seychelles terletak di Lautan Hindi, lebih kurang 1,500 kilometer dari tanah besar Afrika. Ia merupakan negara republik dan mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom pada 29 Jun 1976. Ia mempunyai kira-kira 84,000 orang penduduk. Ibu negaranya adalah Victoria. Seychelles menggunakan matawang Rupee (SCR).
Muka Depan Ditengah-tengah syiling terdapat gambar Ratu Elizabeth I bersama Putera Albert semasa perkahwinan mereka. Di atas gambar terdapat perkataan WEDDING LADY ELIZABETH BOWES-LYON THE DUKE OF YORK manakala tahun perkahwinan 1923 di bawahnya. Di lingkaran luar syiling terdapat perkataan QUEEN ELIZABETH THE QUEEN MOTHER di atasnya dan TWENTY-FIVE RUPEES di bawah.
Muka Belakang
Di muka belakang terdapat jata negara Seychelles serta nama rasmi negara itu di atasnya iaitu REPUBLIC OF SEYCHELLES. Manakala tahun keluaran syiling ini terletak di bawahnya, 1994.
0 comments:
Post a Comment