Ukuran - 126mm x 63mm
Siri Keluaran - 1995, bertarikh 25 Mac 1994
Warna - ungu, merah jambu
Nilai Muka - 20 New Zloty
Keadaan - 'About Uncirculated' (AU)
Material - kertas kapas
Harga
Belian - NA
Nilai Muka Semasa - GBP4.47 (24 Oktober 2010)
Numismatik - NA
Buatan
National Bank of Poland
Poland menggunakan matawang New Zloty (PLN) dalam transaksi harian mereka. 1 Zloty bersamaan 100 Groszy. New Zloty menggantikan Zloty (PLZ) pada kadar 1 PLN bersamaan 10,000 PLZ disebabkan inflasi yang teruk pada tahun 1990-an. Zloty diperkenalkan sejak abad ke-14 hingga ke-15 lagi. Terdapat isu syiling 1, 2, 5, 10, 20, 50 Groszy dan 1, 2, 5 Zloty serta kertas 10, 20, 50, 100 dan 200 Zloty dalam kitaran harian.
Muka Depan
Di tengah terdapat lukisan gambar Raja Boleslaus I the Brave serta perkataan BOLESLAUS I CHROBRY. Di kanan atas dan kiri atas terdapat nilai muka wang iaitu 20. Di sebelah kanan potrait terdapat perkataan NARODOWY BANK POLSKI yang bermaksud Bank Negara Poland serta jata negara Poland, helang di bawahnya. Di bawahnya pula terdapat perkataam WARSZAWA dan 25 MARCA 1994 r. serta tandatangan pengerusi serta bendahari utama Poland. Di kirinya lagi terdapat perkataan DWADZIESCIA ZLOTYCH yang bermaksud Dua Puluh Zloty ditulis secara menegak.
Muka Belakang
Di tengah wang terdapat gambar duit denar, duit perak yang digunapakai semasa pemerintahan Raja Boleslaus I the Brave. Di atas pula terdapat perkataan NARODOWY BANK POLSKI. Nilai muka wang 20 ditulis di bahagian bucu kanan atas serta kiri bawah wang. Di kanan bawah wang terdapat tulisan DWADZIESCIA ZLOTYCH serta BANKNOTY EMITOWANE PRZEZ NARODOWY BANK POLSKI SA PRAWNYM SRODKIEM PLATNICZYM W POLSCE yang bermaksud wang kertas yang dikeluarkan oleh Bank Negara Poland sah diperlakukan dengan nilai.
0 comments:
Post a Comment