Spesifikasi
Bahan Mentah - Perak sterling 925 (92.5%)
Berat - 28.28gram
Diameter - 38.6mm
Bentuk - bulat
Tahun -1990
Nilai Muka - 5 Pound
Keadaan - Peruf (P)
Harga
Belian - GBP18.49
Numismatik - USD40-50
Buatan
United Kingdom
Tempaan - Royal Mint, United Kingdom
Syiling keluaran khas dari United Kingdom ini merupakan syiling khas memperingati ulang tahun kelahiram ke-90 Ratu Elizabeth I ataupun nama sebenarnya, Lady Elizabeth Bowes-Lyon diberi gelaran the Queen Mother. Dilahirkan pada 4 Ogos 1900, Ratu Elizabeth merupakan salah seorang kerabat diraja British yang dihormati. Ratu ini merupakan salah seorang wanita yang berpengaruh besar dalam abad ke-20 ini. Baginda berkahwin dengan Putera Albert pada tahun 1923.
United Kingdom ataupun nama panjangnya, United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland terletak di barat laut Eropah. Ibu negaranya adalah London dan mempunyai kira-kira 62 juta orang penduduk yang terdiri daripada suku kulit putih Caucaisan dan Asia. Negaranya diperintah dengan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. United Kingdom terbentuk selepas Anglo-Irish Treaty pada 12 April 1922. Ia menggunakan matawang Pound Sterling (GBP).
Muka Depan Ditengah-tengah syiling terdapat huruf E dan E terbalik bercantum dan mengikat kuntuman bunga mawar di sebelah kiri manakala bunga Scottish Thistle di sebelah kanannya. Di atas huruf E terdapat gambar tiara Ratu Elizabeth. Di lingkaran luar syiling terdapat perkataan QUEEN ELIZABETH THE QUEEN MOTHER di atas manakala tahun 1900 dan 1990 di bawah menunjukkan tempoh 90 tahun kelahiran baginda.
Muka Belakang
Di muka belakang terdapat potrait Ratu Elizabeth II di tengah dan perkataan ELIZABETH II DEI GRATIA REGINA F.D. yang bermasud 'By the Grace of God, Queen, Defender of the Faith' di atas. Manakala di bawah terdapat perkataan FIVE POUNDS.
0 comments:
Post a Comment