• "the finest collection"

    Guernsey Coronation Anniversary QE II 1993






    Spesifikasi

    Bahan Mentah - Perak sterling 925 (92.5%)
    Berat - 28.28gram
    Diameter - 38.61mm
    Bentuk - bulat
    Tahun - 1993
    Nilai Muka - 2 Pound
    Keadaan - Peruf (P)


    Harga

    Belian - GBP22.00
    Numismatik - USD40-50


    Buatan

    Guernsey
    Tempaan - Royal Mint, United Kingdom
    Limit - NA


    Syiling keluaran khas dari Guernsey ini merupakan syiling khas memperingati  ulang tahun pertabalan ke-40 Ratu Elizabeth II ataupun nama sebenarnya Elizabeth Alexandra Mary. Baginda dilahirkan pada 21 April 1926. Banginda merupakan ratu memerintah ataupun ketua negara-negara berdaulat Komanwel seperti United Kingdom, Canada, Australia, New Zealand, Jamaica, Barbados, the Bahamas, Grenada, Papua New Guinea, the Solomon Islands, Tuvalu, Saint Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Belize, Antigua and Barbuda, dan Saint Kitts and Nevis serta Ketua Komanwel bagi 54 negara ahli Komanwel termasuklah Malaysia. Baginda berkahwin dengan Putera Philip, Duke of Edinburgh dan mempunyai 4 orang anak iaitu Putera Charles, Prince of Wales, Andrew, Duke of York, Edward, Earl of Wessex dan Puteri Anne, Princess Royal.

    Guernsey ataupun nama rasminya the Bailiwick of Guernsey terletak di Selat Inggeris di luar pantai Normandy. Ia termasuk dengan kepulauan Alderney, Herm, Jethou, Brecqhou, Burhou, Lihou, Sark dan pulau-pulau yang berdekatan lain. Guernsey merupakan negara berdaulat di bawah penjagaan United Kingdom. Walaubagaimanpun, ia bukanlah negara milik UK tidak seperti Isle of Man. Ia juga bukan sebahagian daripada Kesatuan Eropah. Ibu negaranya ialah Saint Peter Port. Penduduknya dianggarkan sejumlah 65 ribu orang dan kebanyakannya adalah daripada etanik Eripah utara. Ia menggunakan matawang Pound Sterling (GBP) dan mempunyai duit kertas serta syilingnya sendiri.

    Muka Depan 

    Di tengah syiling mempunyai lukisan corak daun-daun serta simbol bagi negara England (bunga mawar Tudor), Wales (Welsh leek), Scotland (Scottish thsitle) dan Ireland Utara (Shamrock). Terdapat juga perkataan ER yang menunjukkan Elizabeth Regina bermaksud, Queen Elizabeth dalam Latin. Di tengah huruf E juga terdapat nombor 2 dalam Latin (II). Di atas corak pula terdapat gambar lukisan mahkota Ratu. Di lingkaran luar syiling terdapat perkataan CORONATION ANNIVERSARY OF QUEEN ELIZABETH II serta tahun ulang tahunnya, 1953 dan 1993.

    Muka Belakang

    Di muka belakang terdapat potrait Ratu Elizabeth II di tengah dan perkataan ELIZABETH II BAILIWICK OF GUERNSEY serta TWO POUNDS di lingkaran luar syiling.

    0 comments:

    Post a Comment

     

    Numis News

    # Namibia new 10 and 20 Dollars reported.. more
    # New Belarus coin Virgo 2013.. more
    # Iran new 5,000 Rial note reported.. more

    Numis Trivia

    # Flowing Hair Dollar is the most expensive coin in the world. Sold for $7.85m.. more
    # US Grand Watermelon note is the most expensive paper money in the world. Sold for $2.255m in 2006.. more
    # Doubloon is popular name of a Spanish gold coin originally valued at 4 dollars. The formal term was "2 escudos".
    # Maundy money is an annual gift made on Maundy Thursday of a set of pure silver coins made by the Royal Mint and distributed personally by the Monarch to the poor of Canterbury. The number of sets reflects the number of years the Monarch has occupied the throne.

    Numis Terms

    # Coin Alignment - A method of striking in which the obverse and reverse dies are aligned 180 degrees from each other. [more]
    # Medal Alignment - A method of striking coins in which both the obverse and reverse dies are aligned in the same direction. [more]
    # Effigy - The image or likeness of a person, usually on the obverse of a coin or medal.
    # Luster - Appearance of a coin's ability to reflect light; brilliance. Percentage of the original mint luster is one of the factors in determining grades of "Mint State" coins (e.g. MS-60, MS-65).