Bahan Mentah - Perak sterling 500 (50.0%)
Berat - 10.0gram
Diameter - 30.0mm
Bentuk - bulat
Tahun -1994
Nilai Muka - 1 Dollar
Keadaan - Peruf (P)
Harga
Belian - GBP8.99
Numismatik - USD35-40
Buatan
Barbados
Tempaan - Royal Mint, United Kingdom
Limit - 50,000
Syiling keluaran khas dari Barbados ini merupakan syiling khas memperingati Ratu Elizabeth I ataupun nama sebenarnya, Lady Elizabeth Bowes-Lyon diberi gelaran the Queen Mother. Dilahirkan pada 4 Ogos 1900, Ratu Elizabeth merupakan salah seorang kerabat diraja British yang dihormati. Ratu ini merupakan salah seorang wanita yang berpengaruh besar dalam abad ke-20 ini. Baginda berkahwin dengan Putera Albert pada tahun 1923.
Barbados terletak di utara Lautan Atlantik dan merupakan negara kepulauan Lesser Antilles. Ibu negaranya adalah Bridgetown dan mempunyai kira-kira 275 ribu orang penduduk yang terdiri daripada suku Afro-Bajan dan Asia. Negaranya diperintah dengan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom pada 30 November 1966. Ia menggunakan matawang Dollar Barbados (BBD).
Muka Depan Ditengah-tengah syiling terdapat gambar Ratu Elizabeth I. Di atasnya terdapat perkataan BORN ELIZABETH BOWES-LYON 4TH AUGUST 1900 dan di bawahnya tahun 1994. Di luar lingkaran syiling tertulis QUEEN ELIZABETH THE QUEEN MOTHER dan nilai muka syiling, ONE DOLLAR.
Muka Belakang
Di muka belakang terdapat jata negara Barbados dan tulisan BARBADOS di atsnya serta tahun keluaran duit ini iaitu 1994.
0 comments:
Post a Comment