Spesifikasi
Bahan Mentah - Perak sterling 925 (92.5%)
Berat - 28.28gram
Diameter - 38.6mm
Bentuk - bulat
Tahun -2006
Nilai Muka - 5 Pounds
Keadaan - Peruf (P)
Harga
Belian - GBP21.47
Numismatik - USD35-40
Buatan
Tristan da Cunha
Tempaan - the London Mint
Limit - 5000 keping
Ratu Elizabeth II ataupun nama sebenarnya Elizabeth Alexandra Mary dilahirkan pada 21 April 1926. Beliau merupakan ratu memerintah ataupun ketua negara-negara berdaulat Komanwel seperti United Kingdom, Canada, Australia, New Zealand, Jamaica, Barbados, the Bahamas, Grenada, Papua New Guinea, the Solomon Islands, Tuvalu, Saint Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Belize, Antigua and Barbuda, dan Saint Kitts and Nevis serta Ketua Komanwel bagi 54 negara ahli Komanwel termasuklah Malaysia. Beliau berkahwin dengan Putera Philip, Duke of Edinburgh dan mempunyai 4 orang anak iaitu Putera Charles, Prince of Wales, Andrew, Duke of York, Edward, Earl of Wessex dan Puteri Anne, Princess Royal.
Tristan da Cunha terletak di selatan Lautan Atlantik. Ibu negaranya adalah Edinburgh of The Seven Seas. Ia merupakan negara yang paling kecil bilangan penduduknya. Pada tahun 2009 dicatatkan hanya berpenduduk seramai 275 orang. Kerajaannya adalah sebahagian daripada Saint Helena dan Ascension. Ia menggunakan matawang Pound Sterling (GBP).
Ditengah-tengah syiling terdapat corak seakan bentuk E dan dikelilingi lukisan trumpet dengan bendera. Setiap bendera mempunyai huruf E dan 80 secara selang seli. Tahun 1926 dan 2006 terdapat di celah-celah trumpet menunjukkan tempoh jangka hayat 80 tahun Ratu Elizabeth. Di luar lingkaran syiling terdapat perkataan COMMEMORATING THE 80th BIRTHDAY of H.M. QUEEN ELIZABETH II dan DEI GRATIA REG FD ataupun 'Dei Gratia Regina Fidei Defensor' yang bermaksud 'By the Grace of God, Queen, Defender of the Faith'.
Muka Belakang
Di muka belakang terdapat potrait Ratu Elizabeth kedua ditengahnya. Di bawah potrait terdapat tahun keluaran syiling iaitu 2006. Di sebelah kanan terdapat perkataan TDC menunjukkan Tristan da Cunha dan FIVE POUNDS manakala sebelah kiri pula perkataan ELIZABETH II.
0 comments:
Post a Comment