Ukuran - 132mm x 66mm
Siri Keluaran - 1995, bertarikh 25 Mac 1994
Warna - biru laut, biru, hijau muda
Nilai Muka - 50 New Zloty
Keadaan - 'About Uncirculated' (AU)
Material - kertas kapas
Harga
Belian - NA
Nilai Muka Semasa - GBP11.18 (24 Oktober 2010)
Numismatik - NA
Buatan
National Bank of Poland
Poland menggunakan matawang New Zloty (PLN) dalam transaksi harian mereka. 1 Zloty bersamaan 100 Groszy. New Zloty menggantikan Zloty (PLZ) pada kadar 1 PLN bersamaan 10,000 PLZ disebabkan inflasi yang teruk pada tahun 1990-an. Zloty diperkenalkan sejak abad ke-14 hingga ke-15 lagi. Terdapat isu syiling 1, 2, 5, 10, 20, 50 Groszy dan 1, 2, 5 Zloty serta kertas 10, 20, 50, 100 dan 200 Zloty dalam kitaran harian.
Muka Depan
Di tengah terdapat lukisan gambar Raja Casimir III the Great serta perkataan KAZIMIERZ I WIELKI. Di kanan atas dan kiri atas terdapat nilai muka wang iaitu 50. Di sebelah kanan potrait terdapat perkataan NARODOWY BANK POLSKI yang bermaksud Bank Negara Poland serta jata negara Poland, helang di bawahnya. Di bawahnya pula terdapat perkataam WARSZAWA dan 25 MARCA 1994 r. serta tandatangan pengerusi serta bendahari utama Poland. Di kirinya lagi terdapat perkataan PIECDZIESIAT ZLOTYCH yang bermaksud Lima Puluh Zloty ditulis secara menegak.
Muka Belakang
Di tengah wang terdapat gambar lukisan helang daripada segel (cop mohor) kerajaan Raja Casimir III the Great. Di atas pula terdapat perkataan NARODOWY BANK POLSKI. Nilai muka wang 50 ditulis di bahagian bucu kanan atas serta kiri bawah wang. Di kanan bawah wang terdapat tulisan PIECDZIESIAT ZLOTYCH serta BANKNOTY EMITOWANE PRZEZ NARODOWY BANK POLSKI SA PRAWNYM SRODKIEM PLATNICZYM W POLSCE yang bermaksud wang kertas yang dikeluarkan oleh Bank Negara Poland sah diperlakukan dengan nilai.
Bole tukar lagi ker wang kertas 50 ni lagi skrg
ReplyDeleteSy ade 2keping wang kertas 50 poland
ReplyDelete