• "the finest collection"

    Gibraltar 70th Birthday of QE II 1996






    Spesifikasi

    Bahan Mentah - Perak sterling 925 (92.5%)
    Berat - 28.28gram
    Diameter - 38.61mm
    Bentuk - bulat
    Tahun -1996
    Nilai Muka - 5 Pound
    Keadaan - Peruf (P)


    Harga

    Belian - GBP16.49
    Numismatik - USD40-50


    Buatan

    Gibraltar
    Tempaan - Royal Mint, United Kingdom
    Limit - NA


    Syiling keluaran khas dari Gibraltar ini merupakan syiling khas memperingati  ulang tahun kelahiran ke-70 Ratu Elizabeth II ataupun nama sebenarnya Elizabeth Alexandra Mary. Baginda dilahirkan pada 21 April 1926. Banginda merupakan ratu memerintah ataupun ketua negara-negara berdaulat Komanwel seperti United Kingdom, Canada, Australia, New Zealand, Jamaica, Barbados, the Bahamas, Grenada, Papua New Guinea, the Solomon Islands, Tuvalu, Saint Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Belize, Antigua and Barbuda, dan Saint Kitts and Nevis serta Ketua Komanwel bagi 54 negara ahli Komanwel termasuklah Malaysia. Baginda berkahwin dengan Putera Philip, Duke of Edinburgh dan mempunyai 4 orang anak iaitu Putera Charles, Prince of Wales, Andrew, Duke of York, Edward, Earl of Wessex dan Puteri Anne, Princess Royal.

    Gibraltar terletak di selatan Semenanjung Iberian, pintu masuk ke Mediterranean iaitu Selat Gibraltar. Gibraltar sendiri merupakan semenanjung yang bersambungan dengan selatan Sepanyol. Ibu negaranya sendiri adalah Gibraltar walaubagaimanapun Westside mempunyai jumlah penduduk yang paling padat. Gibraltar mempunyai kira-kira 30 ribu penduduk. Gibraltar dipantau di bawah Jajahan Luar Negara British. Ia menggunakan matawang Gibraltar Pound (GIP) yang mempunyai identiti tersendiri berlainan dengan mana-mana Pound Sterling.


    Muka Depan

    Ditengah-tengah syiling terdapat huruf E dan R yang mengapiti nombor 2 dalam Latin (II). E dan R merujuk kepada Ratu Elizabeth itu sendiri di mana bermaksud Elizabeth Regina dalam Latin. Di bawah ER terdapat gambar sebuah istana Inggeris manakala lukisan kunci kecil di bawah istana itu. Di kelilinginya terdapat gambar riben yang dipegang dua ekor burung layang-layang mengelilingi huruf ER di tengahnya. Di atasnya pula terdapat nombor 70 serta perkataan 5 POUNDS di bawah. Di lingkaran luar syiling pula terdapat perkataan 70th BIRTHDAY OF HER MAJESTY QUEEN ELIZABETH II.

    Muka Belakang

    Di tengah syiling terdapat potrait Ratu Elizabeth II serta perkataan ELIZABETH II di kiri dan GIBRALTAR 1996 di kanannya.

    0 comments:

    Post a Comment

     

    Numis News

    # Namibia new 10 and 20 Dollars reported.. more
    # New Belarus coin Virgo 2013.. more
    # Iran new 5,000 Rial note reported.. more

    Numis Trivia

    # Flowing Hair Dollar is the most expensive coin in the world. Sold for $7.85m.. more
    # US Grand Watermelon note is the most expensive paper money in the world. Sold for $2.255m in 2006.. more
    # Doubloon is popular name of a Spanish gold coin originally valued at 4 dollars. The formal term was "2 escudos".
    # Maundy money is an annual gift made on Maundy Thursday of a set of pure silver coins made by the Royal Mint and distributed personally by the Monarch to the poor of Canterbury. The number of sets reflects the number of years the Monarch has occupied the throne.

    Numis Terms

    # Coin Alignment - A method of striking in which the obverse and reverse dies are aligned 180 degrees from each other. [more]
    # Medal Alignment - A method of striking coins in which both the obverse and reverse dies are aligned in the same direction. [more]
    # Effigy - The image or likeness of a person, usually on the obverse of a coin or medal.
    # Luster - Appearance of a coin's ability to reflect light; brilliance. Percentage of the original mint luster is one of the factors in determining grades of "Mint State" coins (e.g. MS-60, MS-65).