• "the finest collection"

    British Virgin Islands The House of Tudor 2008







    Spesifikasi

    Bahan Mentah - Perak sterling 925 (92.5%)
    Berat - 31.47gram
    Diameter - 38.6mm
    Bentuk - bulat
    Tahun - 2008
    Nilai Muka - 10 Dollar
    Keadaan - Peruf (P)


    Buatan

    British Virgin Islands
    Tempaan - The London Mint, United Kingdom
    Limit - NA (only 200 sets of three coins)


    2009 merupakan tahun menyambut 500 tahun kematian Raja Henry VII, pengasas empayar Tudor, 500 tahun pemahkotaan anak lelakinya, Raja Henry VIII serta 450 tahun pertabalan cucu perempuannya, Ratu Elizabeth I. Set syiling crown ini merupakan salah satu daripada 200 set keluaran khas yang memperingati pemerintah-pemerintah agung Empayar Tudor iaitu Raja Henry VII, Raja Henry VIII serta Ratu Elizabeth I. Muka depan setiap syiling menempatkan lukisan syiling yang asal yang terdapat pada abad pemerintahan Empayar Tudor.

    Empayar Tudor ataupun Rumah Tudor (House of Tudor) diasaskan oleh Raja Henry VII (Henry Tudor) pada  tahun 1485. Empayar Tudor memerintah tanah England serta Ireland sehingga tahun 1603. House of Tudor muncul daripada Peperangan Mawar (Wars of Roses) yang berlangsung pada tahun 1455 hingga 1485 sehinggalah Raja Henry VII menyatukan House of Lancaster dan House of York, dua buah kerajaan yang sebelumnya memerintah tanah England mengikut institusi beraja yang berbeza serta mengangkat diri sendiri sebagai raja memerintah. Walaubagaimanapun, Henry VII yang berasal daripada House of Lancaster ditentang ramai terutama daripada orang York dan masalah ini diselesaikan melalui perkahwinannya dengan Elizabeth of York. Simbol House of Tudor adalah bunga mawar campuran merah dan putih yang merupakan simbol asal House of Lancaster (mawar merah) dan House of York (mawar putih).

    Raja Henry VII of England merupakan pengasas dan raja memerintah House of Tudor yang pertama. Dilahirkan pada 28 Januari 1457 dan meninggal pada 21 April 1509. Baginda merampas kerajaan House of Lancaster dan House of York serta membentuk House of Tudor pada 22 Ogos 1485 setelah menewaskan Richard III. Kerajaan Tudor kemudiannya diambil alih oleh anaknya, Raja Henry VIII setelah 23 tahun memerintah. Isterinya adalah Elizabeth of York.

    British Virgin Islands merupakan tanah jajahan British yang terletak di Lautan Caribbean di sebelah timur Puerto Rico. Bristih Virgin Islands merangkumi pulau-pulau di bahagian pemerintahan British manakala sebahagian lagi merupakan jajahan U.S Virgin Islands. Ibu negaranya adalah Road Town. Pulau ini dipantau dibawah sistem British Overseas Territory. Ia mempunyai kira-kira 27 ribu orang penduduk. Ia menggunakan matawang Dollar (USD).


    Muka Depan

    Ditengah-tengah syiling terdapat gambar potrait Raja Henry VII yang merupakan potrait asal digunakan pada syiling ketika itu. Di luar lingkaran syiling pula terdapat perkataan dalam bahasa Inggeris kuno serta nilai muka syiling terdapat di bawah potrait.

    Muka Belakang

    Di muka belakang terdapat potrait Ratu Elizabeth II serta perkataan BRITISH VIRGIN ISLANDS, QUEEN ELIZABETH II dan tahun 2008 di atasnya.




    0 comments:

    Post a Comment

     

    Numis News

    # Namibia new 10 and 20 Dollars reported.. more
    # New Belarus coin Virgo 2013.. more
    # Iran new 5,000 Rial note reported.. more

    Numis Trivia

    # Flowing Hair Dollar is the most expensive coin in the world. Sold for $7.85m.. more
    # US Grand Watermelon note is the most expensive paper money in the world. Sold for $2.255m in 2006.. more
    # Doubloon is popular name of a Spanish gold coin originally valued at 4 dollars. The formal term was "2 escudos".
    # Maundy money is an annual gift made on Maundy Thursday of a set of pure silver coins made by the Royal Mint and distributed personally by the Monarch to the poor of Canterbury. The number of sets reflects the number of years the Monarch has occupied the throne.

    Numis Terms

    # Coin Alignment - A method of striking in which the obverse and reverse dies are aligned 180 degrees from each other. [more]
    # Medal Alignment - A method of striking coins in which both the obverse and reverse dies are aligned in the same direction. [more]
    # Effigy - The image or likeness of a person, usually on the obverse of a coin or medal.
    # Luster - Appearance of a coin's ability to reflect light; brilliance. Percentage of the original mint luster is one of the factors in determining grades of "Mint State" coins (e.g. MS-60, MS-65).