• "the finest collection"

    Alderney D-Day Anniversary 1994






    Spesifikasi

    Bahan Mentah - Perak sterling 925 (92.5%)
    Berat - 28.28gram
    Diameter - 38.6mm
    Bentuk - bulat
    Tahun - 1994
    Nilai Muka - 2 Pounds
    Keadaan - Peruf (P)


    Buatan

    Alderney
    Tempaan - the Royal Mint, United Kingdom
    Limit - NA


    D-Day ataupun lebih dikenali sebagai 'Normandy Landings' disambut setiap 6 Jun bagi memperingati satu operasi pendaratan bagi menawan Normandy yang terletak di France oleh Pakatan Barat di antara USA, UK, Kanada, Perancis, Poland, Norway, Australia dan New Zealand bagi menyekat kemaraan Jerman. Operasi ini juga dikenali sebagai Operasi 'Overlord' ataupun Operasi Neptun semasa Perang Dunia Kedua. Operasi ini dilakukan pada hari Selasa, 6 Jun 1944 (D-Day) bermula jam 6:30 pagi (GMT+2) dan berakhir pada 30 Jun 1944. Operasi ini dilakukan di bawah dua fasa iaitu fasa pertama dengan pendaratan pasukan udara British, Amerika, Kanada dan France seramai 24,000 orang tentera dan diikuti dengan fasa kedua operasi iaitu pendaratan pasukan darat Pakatan Barat. Operasi pendaratan ini merupakan operasi yang terbesar dengan 195,700 orang tentera laut serta 5000 biji kapal dan lebih 160,000 orang tentera darat terlibat semasa pendaratan.

    Alderney terletak di utara kepulauan Channel.  Ia merupakan sebahagian daripada Bailiwick  of Guernsey, tanah takluk British. Ibu negaranya adalah St. Anne. Ia terpisah daripada tanah besar Normandy pada tahun 1204. Ia mempunyai kira-kira 2,400 orang penduduk. Ia menggunakan matawang Pound Sterling(GBP).


    Muka Depan

    Ditengah-tengah syiling terdapat lukisan suasana semasa pendaratan tentera di hari D-Day. Di luar lingkaran syiling pula terdapat perkataan ALDERNEY.TWO POUNDS. D~DAY ANNIVERSARY.


    Muka Belakang

    Di muka belakang terdapat potrait Ratu Elizabeth II ditengahnya. Di bahagian lingkaran syiling pula terdapat perkataan QUEEN ELIZABETH THE SECOND serta tahun keluaran syiling iaitu 1994 di bawahnya.




    0 comments:

    Post a Comment

     

    Numis News

    # Namibia new 10 and 20 Dollars reported.. more
    # New Belarus coin Virgo 2013.. more
    # Iran new 5,000 Rial note reported.. more

    Numis Trivia

    # Flowing Hair Dollar is the most expensive coin in the world. Sold for $7.85m.. more
    # US Grand Watermelon note is the most expensive paper money in the world. Sold for $2.255m in 2006.. more
    # Doubloon is popular name of a Spanish gold coin originally valued at 4 dollars. The formal term was "2 escudos".
    # Maundy money is an annual gift made on Maundy Thursday of a set of pure silver coins made by the Royal Mint and distributed personally by the Monarch to the poor of Canterbury. The number of sets reflects the number of years the Monarch has occupied the throne.

    Numis Terms

    # Coin Alignment - A method of striking in which the obverse and reverse dies are aligned 180 degrees from each other. [more]
    # Medal Alignment - A method of striking coins in which both the obverse and reverse dies are aligned in the same direction. [more]
    # Effigy - The image or likeness of a person, usually on the obverse of a coin or medal.
    # Luster - Appearance of a coin's ability to reflect light; brilliance. Percentage of the original mint luster is one of the factors in determining grades of "Mint State" coins (e.g. MS-60, MS-65).