Bahan Mentah - Perak tulen 999 (99.9%)
Berat - 1oz. (28.28gram)
Diameter - 38.60mm
Bentuk - bulat
Tahun - 2009
Nilai Muka - 100 Shillings
Keadaan - 'Brilliant Uncirculated (BU)'
Buatan
Somalia
Tempaan - NA
Limit - NA
Gajah merupakan mamalia darat yang terbesar. Terdapat dua keluarga gajah di bawah famili Elephantidae iaitu Elephas dan Loxodonta. Hanya tiga spesis gajah yang dikenal pasti kini iaitu Gajah Hutan Afrika, Gajah Savanna Afrika serta Gajah Asia ataupun lebih dikenali sebagai Gajah India. Jangka hayat hidup seekor gajah adalah dari 50 tahun hingga 70 tahun. Gajah yang paling besar pernah direkodkan adalah dari Angola pada tahun 1956. Ia seberat 11,000 kg. Gajah menjadi simbolik kebijaksanaan dalam budaya di Asia kerana ia terkenal dengan ingatannya yang tajam.
Somalia ataupun sebelumnya dikenali dengan Republik Demokratik Somali ialah negara yang terletak di Timur Afrika. Ibu negaranya adalah Mogadishu. Somalia menjadi kesatuan dan merdeka pada 1 Julai 1960. Ia mempunyai kira-kira 9.4 juta orang penduduk. Somalia menggunakan matawang Shillling (SOS).
Ditengah-tengah syiling terdapat lukisan seekor gajah yang sedang berlari dan mengangkat belalainya ke udara manakala di belakangnya terdapat permandangan di sebuah savanna serta gambar matahari yang sedang terbenam. Di atasnya pula terdapat perkataan AFRICAN WILDLIFE serta ELEPHANT dan 1OZ Ag 999 di bawahnya.
Muka Belakang
Di muka belakang terdapat jata negara Somalia. Di atasnya terdapat perkataan SOMALI REPUBLIC manakala nilai muka 100 SHILLINGS di bawahnya. Di kanan serta kiri jata terdapat tahun keluaran syiling iaitu 2009.
0 comments:
Post a Comment