Spesifikasi
Bahan Mentah - Perak sterling 925 (92.5%)
Berat - 31.47gram
Diameter - 38.61mm
Bentuk - bulat
Tahun - 1997
Bahan Mentah - Perak sterling 925 (92.5%)
Berat - 31.47gram
Diameter - 38.61mm
Bentuk - bulat
Tahun - 1997
Nilai Muka - 2 Dollars
Keadaan - Peruf (P)
Buatan
Bahamas
Tempaan - Royal Mint, United Kingdom
Limit - NA
Keadaan - Peruf (P)
Buatan
Bahamas
Tempaan - Royal Mint, United Kingdom
Limit - NA
Syiling   keluaran khas ini merupakan  syiling khas memperingati Lady Elizabeth Bowes-Lyon diberi gelaran the    Queen Mother iaitu bonda kepada Elizabeth II. Dilahirkan pada 4 Ogos  1900, Ratu Elizabeth merupakan   salah seorang kerabat diraja British  yang dihormati. Ratu ini merupakan   salah seorang wanita yang  berpengaruh besar dalam abad ke-20 ini.   Baginda berkahwin dengan  Putera Albert pada tahun 1923. 
Bahamas ataupun nama rasminya Komanwel   Bahamas ialah negara yang mempunyai 29 pulau, 2,387 batuan dan 661   pulau batuan yang terletak di Lautan Atlantik ke utara Cuba dan tenggara   Amerika Syarikat. Ibu  negaranya adalah Nassau.  Kerajaannya adalah      republik berdemokrasi dan raja berperlembagaan. Ia mendapat   kemerdekaan  daripada United Kingdom    pada 10 Julai 1973. Ia mempunyai  kira-kira  330 ribu orang  penduduk.  Ia   menggunakan matawang Dollar  (BSD).
Ditengah-tengah   syiling terdapat  gambar Ratu Elizabeth semasa kecilnya. Di atas gambar terdapat  perkataan CHARMING LADY ELIZABETH 1908. Di lingkaran luar syiling terdapat  perkataan QUEEN ELIZABETH   THE QUEEN MOTHER manakala nilai muka 2 DOLLARS di bawahnya.
Muka Belakang
Di   muka belakang terdapat potrait Elizabeth II serta perkataan COMMONWEALTH OF THE BAHAMAS di lingkaran luar syiling. Tahun keluaran syiling pula dicetak di bawahnya.





 
 

0 comments:
Post a Comment