Spesifikasi
Ukuran - 138mm x 69mm
Siri Keluaran - 2004 (20 Disember 2004)
Warna - ungu
Nilai Muka - 1000 Ariary
Keadaan - 'Uncirculated' (UNC)Material - kertas kapas
Buatan
NA
Madagascar merupakan negara pulau yang  terletak   di Lautan India di sebelah tenggara benua Afrika. Ia  merupakan pulau yang ke-empat terbesar di dunia.  Madagascar mendapat  kemerdekaan daripada France pada 26  Jun 1960. Ibu negaranya adalah  Antananarivo. Ia   mempunyai   kira-kira 20.6 juta      orang     penduduk. Ia         menggunakan  matawang Ariary (MGA).
Muka Depan
Di   muka depan wang terdapat   gambar beberapa ekor binatang yang berasal dari Madagascar seperti Indri Lemur (Indri indri), Aye-aye Lemur (Daubentonia madagascariensis) dan Kura-kura Angonoka (Geochelone yniphora). Di atas  wang terdapat perkataan ARIVO manakala di bawahnya pula terdapat  perkataan BANKY FOIBEN'I MADAGASIKARA. Nilai muka 1000 ARIARY dicetak di  bahagian kanan dan kiri bawah wang. Dicetak juga perkataan 5000 FRANCS  yakni nilai muka sebelum Ariary digunakan di Madagascar.
Muka Belakang
Muka Belakang
Di belakang wang terdapat gambar pokok kaktus Prickly Pear dan Sisal (Agave sisalana). Di atas wang terdapat perkataan BANKY  FOIBEN'I MADAGASIKARA serta perkataan ARIVO ARIARY di bawahnya. Nilai  muka 1000 ARIARY dicetak di bahagian kanan atas dan kiri bawah wang.   Dicetak juga perkataan 5000 FRANCS yakni nilai muka sebelum Ariary   digunakan di Madagascar.





 
 

0 comments:
Post a Comment