Spesifikasi
Ukuran - 143mm x 71mm
Siri Keluaran - 2004 (24 Mei 2004)
Warna - merah, merah gelap
Nilai Muka - 50 Nakfa
Keadaan - 'Uncirculated' (UNC)Material - kertas kapas
Buatan
Giesecke & Devrient
Eritrea merupakan negara yang terletak   di tanduk Afrika yakni di bahagian timur benua itu. Ia bersempadanan   dengan Sudan di sebelah barat, Ethiopia di bahagian selatan dan Djibouti   di bahagian tenggara.  Eritrea mendapat kemerdekaan daripada Itali  pada  November 1941 dan Ethiopia pada 24 Mei 1993. Ibu negaranya adalah   Asmara. Ia   mempunyai  kira-kira 5.2 juta      orang    penduduk. Ia         menggunakan matawang Nakfa (ERN).
Muka Depan
Di  muka depan wang terdapat   gambar tiga orang perempuan muda. Di bahagian atas wang terdapat  perkataan  STATE OF ERITREA iaitu nama rasmi negara Eritrea. Di bahagian  bawahnya  pula terdapat perkataan FIFTY NAKFA. Nilai muka wang 50 dicetak di   bahagian kanan atas dan kedua-dua bucu kiri wang. Di sebelah kanan atas   juga terdapat perkataan 'Legal tender of Eritrea'. Nombor siri wang   pula dicetak di bahagian kanan dan kiri wang. Tandatangan terdapat di   bahagian kiri bawah.
Muka Belakang
Muka Belakang
Di        tengah wang terdapat    gambar kapal di Pelabuhan Massawa. Di atas wang  pula terdapat  perkataan BANK OF ERITREA serta FIFTY NAKFA di bahagian  bawah wang. Nilai  muka wang 50 dicetak di setiap bucu wang. Logo Bank Eritrea terdapat di bahagian kanan wang.





 
 

0 comments:
Post a Comment