Spesifikasi
Ukuran - 151mm x 75mm
Siri Keluaran - 2008 (keluaran pertama 31 Julai 2003)
Warna - biru, biru tua
Nilai Muka - 5000 Ariary
Keadaan - 'Uncirculated' (UNC)Material - kertas kapas
Buatan
NA
Madagascar merupakan negara pulau yang  terletak   di Lautan India di sebelah tenggara benua Afrika. Ia  merupakan pulau yang ke-empat terbesar di dunia.  Madagascar mendapat  kemerdekaan daripada France pada 26  Jun 1960. Ibu negaranya adalah  Antananarivo. Ia   mempunyai   kira-kira 20.6 juta      orang     penduduk. Ia         menggunakan  matawang Ariary (MGA).
Muka Depan
Di   muka depan wang terdapat   gambar nelayan bersama botnya di tengah lautan. Di atas  wang terdapat perkataan DIMY ARIVO manakala di bawahnya pula terdapat  perkataan BANKY FOIBEN'I MADAGASIKARA. Nilai muka 5000 ARIARY dicetak di  bahagian kanan atas dan kiri bawah wang.
Muka Belakang
Di belakang wang terdapat gambar pantai Libanona di Baie des Gallinos, teluk di Pelabuhan Dauphin. Di atas wang terdapat perkataan BANKY  FOIBEN'I MADAGASIKARA serta perkataan DIMY ARIVO ARIARY di bawahnya. Nilai  muka 5000 ARIARY dicetak di bahagian kanan atas dan kiri bawah wang. 





 
 

NICE ,GOOD LAY OUT....
ReplyDeleteMARK