Spesifikasi
Bahan Mentah - Perak .925 (92.5%)
Berat - 31.1gram
Diameter - 38.6mm
Bentuk - bulat
Tahun - 1993
Nilai Muka - 2 Pounds
Keadaan - Peruf (P)Buatan
Jersey
Tempaan - Royal Mint, United Kingdom
Limit - NA
Ratu Elizabeth II ataupun nama sebenarnya Elizabeth Alexandra Mary dilahirkan pada 21 April 1926. Beliau merupakan ratu memerintah ataupun ketua negara-negara berdaulat Komanwel seperti United Kingdom, Canada, Australia, New Zealand, Jamaica, Barbados, the Bahamas, Grenada, Papua New Guinea, the Solomon Islands, Tuvalu, Saint Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Belize, Antigua and Barbuda, dan Saint Kitts and Nevis serta Ketua Komanwel bagi 54 negara ahli Komanwel termasuklah Malaysia. Beliau berkahwin dengan Putera Philip, Duke of Edinburgh dan mempunyai 4 orang anak iaitu Putera Charles, Prince of Wales, Andrew, Duke of York, Edward, Earl of Wessex dan Puteri Anne, Princess Royal.
Jersey ataupun Bailiwick of Jersey terletak di luar pantai Normandy, Perancis. Ia merupakan negara jajahan takluk British. Bailiwick of Jersey terdiri daripada pulau Jersey dan dua buah pulau yang tidak lagi berpenduduk iaitu pulau Minquiers and Ecrehous dan pulau Pierres de Lecq. Ibu negaranya adalah Saint Helier. Ia terpisah daripada tanah besar Normandy pada tahun 1204. Ia mempunyai kira-kira 92 ribu orang penduduk. Ia menggunakan matawang Pound Sterling (GBP).

Di tengah syiling terdapat gambar mahkota serta regalia diraja yang diguna pakai semasa hari pertabalan Ratu Elizabeth II. Di atasnya terdapat jata negara England dan perkataan BAILIWICK OF JERSEY di bawahnya. Di lingkaran luar syiling pula terdapat perkataan CORONATION ANNIVERSARY OF QUEEN ELIZABETH II serta tahun 1953 dan 1993 di bawahnya.
Muka Belakang
Di tengah syiling terdapat potrait Ratu Elizabeth kedua serta perkataan QUEEN ELIZABETH THE SECOND ai atas dan TWO POUNDS di bawahnya.
0 comments:
Post a Comment