Spesifikasi
Ukuran - 157mm x 78mm
Siri Keluaran - 2008 (keluaran pertama 31 Julai 2003)
Warna - hijau, biru
Nilai Muka - 10000 Ariary
Keadaan - 'Uncirculated' (UNC)Material - kertas kapas
Buatan
NA
Madagascar merupakan negara pulau yang  terletak   di Lautan India di sebelah tenggara benua Afrika. Ia  merupakan pulau yang ke-empat terbesar di dunia.  Madagascar mendapat  kemerdekaan daripada France pada 26  Jun 1960. Ibu negaranya adalah  Antananarivo. Ia   mempunyai   kira-kira 20.6 juta      orang     penduduk. Ia         menggunakan  matawang Ariary (MGA).
Muka Depan
Di   muka depan wang terdapat   gambar Istana Perak (Palais d'Argent) yang terdapat di Rova Manjakamiadana, Antananarivo. Di atas  wang terdapat perkataan IRAY ALINA manakala di bawahnya pula terdapat  perkataan BANKY FOIBEN'I MADAGASIKARA. Nilai muka 10000 ARIARY dicetak di  bahagian kanan atas dan kiri bawah wang.
Muka Belakang
Di belakang wang terdapat gambar pembinaan jalan di Madagascar serta gambar trak, traktor dan pengangkut simen. Di atas wang terdapat perkataan BANKY  FOIBEN'I MADAGASIKARA serta perkataan IRAY ALINA ARIARY di bawahnya. Nilai  muka 10000 ARIARY dicetak di bahagian kanan atas dan kiri bawah wang. 





 
 

0 comments:
Post a Comment