Spesifikasi
Bahan Mentah - Perak sterling 925 (92.5%)
Berat - 31.47gram
Diameter - 38.61mm
Bentuk - bulat
Tahun - 1997
Bahan Mentah - Perak sterling 925 (92.5%)
Berat - 31.47gram
Diameter - 38.61mm
Bentuk - bulat
Tahun - 1997
Nilai Muka - 500 Shillings
Keadaan - Peruf (P)
Buatan
Tanzania
Tempaan - the Royal Mint, United Kingdom
Limit - NA
Keadaan - Peruf (P)
Buatan
Tanzania
Tempaan - the Royal Mint, United Kingdom
Limit - NA
Syiling    keluaran khas ini merupakan  syiling khas memperingati Lady Elizabeth  Bowes-Lyon diberi gelaran the    Queen Mother iaitu bonda kepada  Elizabeth II. Dilahirkan pada 4 Ogos  1900, Ratu Elizabeth merupakan    salah seorang kerabat diraja British  yang dihormati. Ratu ini merupakan    salah seorang wanita yang  berpengaruh besar dalam abad ke-20 ini.    Baginda berkahwin dengan  Putera Albert pada tahun 1923. 
Tanzania terletak di  tengah Afrika  Timur bersempadanan dengan Kenya dan Uganda di utara,  Rwanda,  Congo dan  Burundi di sebelah barat dan Zambia, Malawi serta  Mozambique di sebelah  selatan. Ibu negaranya adalah Dodoma.   Kerajaannya   adalah     republik. Ia mendapat  kemerdekaan daripada    United  Kingdom   pada 9  Disember 1961. Ia mempunyai kira-kira 44 juta    orang   penduduk. Ia    menggunakan matawang Shilling (TZS).
Ditengah-tengah    syiling terdapat  gambar Ratu Elizabeth serta Putera Albert di sebuah taman safari di Afrika. Di atas  gambar terdapat  perkataan THE DUKE AND DUCHESS - EAST AFRICAN TOUR 1925. Di lingkaran  luar syiling terdapat  perkataan QUEEN ELIZABETH   THE QUEEN MOTHER  manakala nilai muka 500 SHILLINGS di bawahnya.
Muka Belakang
Di    muka belakang terdapat jata negara Tanzania serta perkataan TANZANIA di atas dan tahun keluaran 1997 di bawahnya.





 
 

0 comments:
Post a Comment