Spesifikasi
Ukuran - 120mm x 60mm
Siri Keluaran - 2004 (25 November 2004)
Warna - biru
Nilai Muka - 100 Ariary
Keadaan - 'Uncirculated' (UNC)Material - kertas kapas
Buatan
NA
Madagascar merupakan negara pulau yang terletak di Lautan India di sebelah tenggara benua Afrika. Ia merupakan pulau yang ke-empat terbesar di dunia. Madagascar mendapat kemerdekaan daripada France pada 26 Jun 1960. Ibu negaranya adalah Antananarivo. Ia mempunyai kira-kira 20.6 juta orang penduduk. Ia menggunakan matawang Ariary (MGA).
Muka Depan
Di muka depan wang terdapat gambar pokok palma Ravinala (Ravenala madagascariensis) iaitu juga dikenali sebagai The Traveller's Tree yang terdapat di Tsingy de Bemaraha Strict Nature Reserve serta gambar gunung yang berbatu. Di atas wang terdapat perkataan ARIARY ZATO manakala di bawahnya pula terdapat perkataan BANKY FOIBEN'I MADAGASIKARA. Nilai muka 100 ARIARY dicetak di bahagian kanan dan kiri bawah wang. Dicetak juga perkataan 500 FRANCS yakni nilai muka sebelum Ariary digunakan di Madagascar.
Muka Belakang
Muka Belakang
Di belakang wang terdapat gambar pulau berbatu Pain de Sucre di Teluk Antsiranana yang dahulunya dikenali sebagai Diégo-Suarez. Di atas wang terdapat perkataan BANKY FOIBEN'I MADAGASIKARA serta perkataan ARIARY ZATO di bawahnya. Nilai muka 100 ARIARY dicetak di bahagian kanan atas dan kiri bawah wang. Dicetak juga perkataan 500 FRANCS yakni nilai muka sebelum Ariary digunakan di Madagascar.
0 comments:
Post a Comment