Bahan Mentah - Perak Britannia .958 (95.8%)
Berat - 31.1gram
Diameter - 40mm
Bentuk - bulat
Tahun - 2008
Nilai Muka - 2 Pounds
Keadaan - 'Uncirculated Bullion'
Buatan
United Kingdom
Tempaan - Royal Mint, United Kingdom
Limit - 100,000
Britannia  merupaka syiling bullion yang dikeluarkan oleh Royal Mint sejak tahun  1987 (emas) dan 1997 (perak) lagi. Syiling perak Britannia mempunyai  berat 1 troy auns ataupun lebih kurang 32 gram dan ukur lilit 40mm.  Nilai muka perak Britannia adalah dua Pound manakala emas Britannia  adalah 100 Pound. Setiap syiling Britannia tercetak gambar Britannia,  ikon British dan lagenda yang memberikan nama kepada kepulauan British  terbabit.
United   Kingdom ataupun nama panjangnya, United Kingdom of Great Britain  and   Northern Ireland terletak di barat laut Eropah. Ibu negaranya adalah    London dan mempunyai kira-kira 62 juta orang penduduk yang terdiri    daripada suku kulit putih Caucaisan dan Asia.  Negaranya diperintah    dengan sistem demokrasi berparlimen dan raja  berperlembagaan. United    Kingdom terbentuk selepas Anglo-Irish Treaty pada 12 April 1922. Ia    menggunakan matawang Pound Sterling (GBP).
Muka Depan Ditengah-tengah    syiling terdapat gambar Britannia yang berdiri memegang tongkat berbucu tiga (trident) serta perisai. Di atasnya pula terdapat perkataan BRITANNIA 2008 serta perkataan ONE OUNCE FINE SILVER di bawahnya.
Muka Belakang
Di   tengah syiling terdapat potrait Ratu Elizabeth II yang dicipta oleh  Ian-Rank Broadley. Di atasnya pula terdapat perkataan ELIZABETH II DG  REG FID DEF serta 2 POUNDS di bawahnya.





 
 

0 comments:
Post a Comment