Bahan Mentah - Perak sterling 925 (92.5%) dengan Cameo emas
Berat - 31.47gram
Diameter - 38.61mm
Bentuk - bulat
Tahun - 2000
Nilai Muka - 5 Pounds
Keadaan - Peruf (P)
Buatan
Guernsey
Tempaan - Royal Mint, United Kingdom
Limit - NA
Syiling    keluaran khas ini merupakan syiling khas memperingati Lady Elizabeth  Bowes-Lyon diberi gelaran the   Queen Mother iaitu bonda kepada  Elizabeth II. Dilahirkan pada 4 Ogos 1900, Ratu Elizabeth merupakan    salah seorang kerabat diraja British yang dihormati. Ratu ini merupakan    salah seorang wanita yang berpengaruh besar dalam abad ke-20 ini.    Baginda berkahwin dengan Putera Albert pada tahun 1923. 
Guernsey ataupun nama rasminya the Bailiwick of Guernsey terletak di   Selat Inggeris di luar pantai Normandy. Ia termasuk dengan kepulauan   Alderney, Herm, Jethou, Brecqhou, Burhou, Lihou, Sark dan pulau-pulau   yang berdekatan lain. Guernsey merupakan negara berdaulat di bawah   penjagaan United Kingdom. Walaubagaimanpun, ia bukanlah negara milik UK   tidak seperti Isle of Man. Ia juga bukan sebahagian daripada Kesatuan   Eropah. Ibu negaranya ialah Saint Peter Port. Penduduknya dianggarkan   sejumlah 65 ribu orang dan kebanyakannya adalah daripada etanik Eropah   utara. Ia menggunakan matawang Pound Sterling (GBP) dan mempunyai duit   kertas serta syilingnya sendiri.
Ditengah-tengah    syiling terdapat gambar Ratu Elizabeth di masa usia tuanya serta gambar bunga dan daun. Terdapat juga nombor 100 yang menunjukkan ulang tahun ke-100 baginda yang disadur dengan emas Cameo. Di atasnya pula terdapat perkataan HM THE QUEEN MOTHER'S CENTENARY serta tahun 1900 dan 2000 di kanan dan kiri syiling. Nilai muka syiling FIVE POUNDS pula terdapat di bahagian bawah syiling.
Muka Belakang
Di    muka belakang terdapat potrait Ratu Elizabeth kedua serta perkataan ELIZABETH II BAILIWICK OF GUERNSEY dan tahun keluaran syiling 2000 di lingkaran luar syiling.





 
 

0 comments:
Post a Comment