Spesifikasi
Ukuran - 135mm x 60mm
Siri Keluaran - 2003
Warna - coklat, kelabu
Nilai Muka - 1 Birr
Keadaan - 'Uncirculated' (UNC)Material - kertas kapas
Buatan
NA
Ethiopia merupakan negara yang terletak    di tanduk Afrika yakni di bahagian timur benua itu. Ia bersempadanan    dengan Sudan di sebelah barat, Eritrea di bahagian utara dan  Djibouti    dan Somalia di bahagian timur. Sejarah penubuhan Ethiopia adalah sejak tahun 980 Sebelum Masihi lagi. Ibu negaranya  adalah Addis Ababa. Ia   mempunyai  kira-kira 85 juta      orang     penduduk. Ia         menggunakan matawang Birr (ETB).
Muka Depan
Di  muka depan wang terdapat    gambar seorang budak lelaki. Di bahagian kanan wang terdapat  gambar sekumpulan kerbau. Manakala kepala singa di bahagian kiri wang. Di atas pula terdapat perkataan National Bank of Ethiopia serta ditulis juga dalam bahasa tradisi Ethiopia. Nilai muka ONE BIRR ditulis di bahagian kiri wang serta kedua-dua bucu atas kanan dan kiri wang dalam bahasa Ethiopia. Nilai muka 1 pula dicetak di bahagian bucu bawah kanan dan kiri wang. 
Muka Belakang
Muka Belakang
Di        tengah wang terdapat     gambar air terjun Tisisat yang menghubungkan Sungai Nil manakala di sebelah kirinya pula terdapat gambar dua ekor burung pemakan lebah yang bertengkek di atas sebatang ranting pokok. Nilai muka 1 dicetak di bucu kanan bawah dan kiri atas wang manakala dicetak juga dalam bahasa Ethiopia di bahagian kanan atas serta kiri bawah wang.





 
 

0 comments:
Post a Comment