Bahan Mentah - Perak sterling 925 (92.5%)
Berat - 31.47gram
Diameter - 38.61mm
Bentuk - bulat
Tahun - 1995
Nilai Muka - 10 Tala
Keadaan - Peruf (P)
Buatan
Samoa
Tempaan - Royal Mint, United Kingdom
Limit - NA
Syiling   keluaran khas ini merupakan syiling khas memperingati Lady Elizabeth Bowes-Lyon diberi gelaran the   Queen Mother iaitu bonda kepada Elizabeth II. Dilahirkan pada 4 Ogos 1900, Ratu Elizabeth merupakan   salah seorang kerabat diraja British yang dihormati. Ratu ini merupakan   salah seorang wanita yang berpengaruh besar dalam abad ke-20 ini.   Baginda berkahwin dengan Putera Albert pada tahun 1923. 
Samoa, ataupun dahulunya dikenali sebagai Western Samoa dan German Samoa  merupakan negara    pulau  di bahagian barat kepulauan Samoa di Lautan  Pasifik Selatan. Ibu negaranya adalah Apia.     Kerajaannya adalah    republik berparlimen. Ia mendapat  kemerdekaan    daripada New Zealand  pada 1 Januari 1962. Ia mempunyai kira-kira 179 ribu    orang  penduduk.  Ia   menggunakan matawang Tala (WST).
Ditengah-tengah   syiling terdapat gambar Ratu Elizabeth semasa kecilnya sedang menunggang seekor kuda padi. Di atas gambar terdapat  perkataan YOUNG LADY ELIZABETH AND "BOBS" manakala tahun 1995 di   bawahnya. Di lingkaran luar syiling terdapat perkataan QUEEN ELIZABETH   THE QUEEN MOTHER.
Muka Belakang
Di   muka belakang terdapat jata negara Samoa serta nama rasmi negara  itu  di atasnya dalam bahasa Samoa iaitu SAMOA I SISIFO. Manakala nilai muka $10 di bawahnya.





 
 

0 comments:
Post a Comment