Spesifikasi
Ukuran - 145mm x 72mm
Siri Keluaran - 2008 (keluaran pertama 31 Julai 2003)
Warna - hijau, hijau tua
Nilai Muka - 2000 Ariary
Keadaan - 'Uncirculated' (UNC)Material - kertas kapas
Buatan
NA
Madagascar merupakan negara pulau yang terletak di Lautan India di sebelah tenggara benua Afrika. Ia merupakan pulau yang ke-empat terbesar di dunia. Madagascar mendapat kemerdekaan daripada France pada 26 Jun 1960. Ibu negaranya adalah Antananarivo. Ia mempunyai kira-kira 20.6 juta orang penduduk. Ia menggunakan matawang Ariary (MGA).
Muka Depan
Di muka depan wang terdapat gambar pokok Baobabs (Adansonia) yang terdapat di selatan Madagascar. Di atas wang terdapat perkataan ROA ARIVO manakala di bawahnya pula terdapat perkataan BANKY FOIBEN'I MADAGASIKARA. Nilai muka 2000 ARIARY dicetak di bahagian kanan atas dan kiri bawah wang.
Muka Belakang
Muka Belakang
Di belakang wang terdapat gambar perkampungan padi bertingkat Betsileo. Di atas wang terdapat perkataan BANKY FOIBEN'I MADAGASIKARA serta perkataan ROA ARIVO ARIARY di bawahnya. Nilai muka 2000 ARIARY dicetak di bahagian kanan atas dan kiri bawah wang.
0 comments:
Post a Comment