Spesifikasi
Ukuran - 132mm x 66mm
Siri Keluaran - 2004 (20 Disember 2004)
Warna - merah
Nilai Muka - 500 Ariary
Keadaan - 'Uncirculated' (UNC)Material - kertas kapas
Buatan
NA
Madagascar merupakan negara pulau yang terletak di Lautan India di sebelah tenggara benua Afrika. Ia merupakan pulau yang ke-empat terbesar di dunia. Madagascar mendapat kemerdekaan daripada France pada 26 Jun 1960. Ibu negaranya adalah Antananarivo. Ia mempunyai kira-kira 20.6 juta orang penduduk. Ia menggunakan matawang Ariary (MGA).
Muka Depan
Di muka depan wang terdapat gambar seorang penganyam yang sedang menganyam bakul dan topi serta pameran bahan anyamannya di belakang. Di atas wang terdapat perkataan DIMAN-JATO manakala di bawahnya pula terdapat perkataan BANKY FOIBEN'I MADAGASIKARA. Nilai muka 500 ARIARY dicetak di bahagian kanan dan kiri bawah wang. Dicetak juga perkataan 2500 FRANCS yakni nilai muka sebelum Ariary digunakan di Madagascar.
Muka Belakang
Muka Belakang
Di belakang wang terdapat gambar dua ekor Zebus yakni sejenis kerbau yang terdapat di Madagascar . Di atas wang terdapat perkataan BANKY FOIBEN'I MADAGASIKARA serta perkataan DIMAN-JATO ARIARY di bawahnya. Nilai muka 500 ARIARY dicetak di bahagian kanan atas dan kiri bawah wang. Dicetak juga perkataan 2500 FRANCS yakni nilai muka sebelum Ariary digunakan di Madagascar.
0 comments:
Post a Comment