Spesifikasi
Bahan Mentah - Perak sterling 925 (92.5%)
Berat - 28.28gram
Diameter - 38.6mmBentuk - bulat
Tahun -2000
Nilai Muka - 5 Pounds
Keadaan - Peruf (P) Buatan
Alderney
Tempaan - the Royal Mint, United Kingdom
Limit - NA
Milenium merupakan satu tempoh jangka masa yang bersamaan dengan seribu tahun. Tahun 2000 dikatakan tahun terakhir dalam abad ke-20 dan milenium ke-2. Bermulanya tahun 2001, maka bermulalah abad baru iaitu abad ke-21 dan milenium ke-3. Biasanya penggunaan umum mengganggap bahawa abad ke-21 berlangsung dari 2000 hingga ke 2099 dan milenium ke-3 bermula dari 2000 hingga ke 2999 dengan syarat permulaan tahun hendaklah dari tahun sifar.
Alderney terletak di utara kepulauan Channel. Ia merupakan sebahagian daripada Bailiwick of Guernsey, tanah takluk British. Ibu negaranya adalah St. Anne. Ia terpisah daripada tanah besar Normandy pada tahun 1204. Ia mempunyai kira-kira 2,400 orang penduduk. Ia menggunakan matawang Pound Sterling(GBP).
Ditengah-tengah syiling terdapat lukisan rumah api yang terpancar cahayanya. Di sebelah kirinya terdapat tahun 2000 manakala tahun 2001 di sebelah kanannya. Kelihatan juga tiga ekor burung camar laut berterbangan ke arah rumah api terbabit. Perkataan MILLENNIUM terdapat di bahagian atas syiling manakala perkataan FIVE POUNDS di bawahnya.
Muka Belakang
Di muka belakang terdapat potrait Ratu Elizabeth II ditengahnya. Di bahagian kiri syiling terdapat perkataan ELIZABETH II dan perkataan ALDERNEY di sebelah kanan syiling.
0 comments:
Post a Comment