Spesifikasi
Ukuran - 162mm x 70mm
Siri Keluaran - 2001
Warna - merah, coklat
Nilai Muka - 20 Gourdes
Keadaan - 'Uncirculated' (UNC)Material - kertas kapas
Buatan
NA
Haiti terletak di Lautan Caribbean bersempadanan dengan Republic Dominican yang berkongsi satu pulau yang sama. Ibu negaranya adalah Port-au-Prince . Kerajaannya adalah semi presiden republik. Ia mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada 17 Julai 1825. Ia mempunyai kira-kira 10.2 juta orang penduduk. Ia menggunakan matawang Gourde (HTG).
Muka Depan
Di sebelah kiri wang terdapat gambar Toussaint Louverture, ketua pergerakan revolusi Haiti (1791-1804). Nilai muka wang 20 dicetak di sebelah penjuru kanan dan kiri atas wang. Di tengah atas pula terdapat perkataan BANQUE DE LA REPUBLIQUE D'HAITI manakala BICENTENAIRE DE LA CONSTITUTION DE 1801 di bawahnya yang menunjukkan ulang tahun ke-200 perlembagaan Haiti. Di tengahnya pula terdapat perkataan DEUX CENTS ANS dan VINGT GOURDES serta tandatangan.
Muka Belakang
Muka Belakang
Di tengah wang terdapat gambar buku perlembagaan yang terbuka. Nilai muka wang 20 dicetak di setiap penjuru wang. Di atas wang terdapat perkataan BANQUE DE LA REPUBLIQUE D'HAITI dan VINGT GOURDES di bawahnya.
0 comments:
Post a Comment