Spesifikasi
Ukuran - 147mm x 70mm
Siri Keluaran - 2005
Warna - hijau
Nilai Muka - 50 Dirhams
Keadaan - 'Uncirculated' (UNC)Material - kertas kapas
Buatan
Bank Al-Maghrib
Morocco terletak di utara Afrika. Ibu negaranya adalah Rabat dan Casablanca merupakan bandar yang terbesar. Kerajaannya adalah raja berperlembagaan. Ia mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada 2 Mac 1956. Ia mempunyai kira-kira 33 juta orang penduduk dan ramai terdiri daripada suku kaum Berber. Ia menggunakan matawang Dirham (MAD).
Muka Depan
Di sebelah kiri wang terdapat lukisan potrait Sultan Mohammed VI yang kini memerintah Morocco. Di belakang potrait pula terdapat lukisan empangan Mohammed V yang terletak di Nadir. Di bahagian kiri dan kanan serta bawah wang terdapat nilai muka 50. Di atas wang pula terdapat perkataan yang ditulis dalam bahasa Arab yang bermaksud Bank Morocco dan Lima Puluh Dirham. Tandatangan terdapat di bahagian kanan atas wang.
Muka Belakang
Muka Belakang
Di tengah wang terdapat gambar sebuah bangunan yang diperbuat daripada tanah liat ataupun dipanggil Ksour. Di atas pula dicetak perkataan BANK AL-MAGHRIB serta 50 DIRHAMS. Nilai muka 50 juga dicetak di bahagian kanan dan kiri wang.
0 comments:
Post a Comment