Bahan Mentah - Perak sterling 925 (92.5%)
Berat - 31.47gram
Diameter - 38.6mm
Bentuk - bulat
Tahun - 2007
Nilai Muka - 10 Dollar
Keadaan - Peruf (P)
Buatan
British Virgin Islands
Tempaan - The London Mint, United Kingdom
Limit - NA (only 200 sets of three coins)
2009 merupakan tahun menyambut 500 tahun kematian Raja Henry VII, pengasas empayar Tudor, 500 tahun pemahkotaan anak lelakinya, Raja Henry VIII serta 450 tahun pertabalan cucu perempuannya, Ratu Elizabeth I. Set syiling crown ini merupakan salah satu daripada 200 set keluaran khas yang memperingati pemerintah-pemerintah agung Empayar Tudor iaitu Raja Henry VII, Raja Henry VIII serta Ratu Elizabeth I. Muka depan setiap syiling menempatkan lukisan syiling yang asal yang terdapat pada abad pemerintahan Empayar Tudor.
Empayar Tudor ataupun Rumah Tudor (House of Tudor) diasaskan oleh Raja Henry VII (Henry Tudor) pada tahun 1485. Empayar Tudor memerintah tanah England serta Ireland sehingga tahun 1603. House of Tudor muncul daripada Peperangan Mawar (Wars of Roses) yang berlangsung pada tahun 1455 hingga 1485 sehinggalah Raja Henry VII menyatukan House of Lancaster dan House of York, dua buah kerajaan yang sebelumnya memerintah tanah England mengikut institusi beraja yang berbeza serta mengangkat diri sendiri sebagai raja memerintah. Walaubagaimanapun, Henry VII yang berasal daripada House of Lancaster ditentang ramai terutama daripada orang York dan masalah ini diselesaikan melalui perkahwinannya dengan Elizabeth of York. Simbol House of Tudor adalah bunga mawar campuran merah dan putih yang merupakan simbol asal House of Lancaster (mawar merah) dan House of York (mawar putih).

Raja Henry VIII of England merupakan raja kedua memerintah House of Tudor dari 21 April 1509 sehingga kematiannya iaitu 28 Januari 1547. Dilahirkan pada 28 Jun 1491. Raja Henry VIII mempunyai banyak konflik semasa pemerintahannya. Selain daripada perkahwinannya sebanyak enam kali, baginda juga terkenal dengan peristiwa mengasingkan Gereja England daripada Gereja Roman Katolik. Baginda menghapuskan kuasa pope di England dan memartabatkan diri sendiri sebagai Ketua Agama Kristian di England.
British Virgin Islands merupakan tanah jajahan British yang terletak di Lautan Caribbean di sebelah timur Puerto Rico. Bristih Virgin Islands merangkumi pulau-pulau di bahagian pemerintahan British manakala sebahagian lagi merupakan jajahan U.S Virgin Islands. Ibu negaranya adalah Road Town. Pulau ini dipantau dibawah sistem British Overseas Territory. Ia mempunyai kira-kira 27 ribu orang penduduk. Ia menggunakan matawang Dollar (USD).
Muka Depan British Virgin Islands merupakan tanah jajahan British yang terletak di Lautan Caribbean di sebelah timur Puerto Rico. Bristih Virgin Islands merangkumi pulau-pulau di bahagian pemerintahan British manakala sebahagian lagi merupakan jajahan U.S Virgin Islands. Ibu negaranya adalah Road Town. Pulau ini dipantau dibawah sistem British Overseas Territory. Ia mempunyai kira-kira 27 ribu orang penduduk. Ia menggunakan matawang Dollar (USD).
Ditengah-tengah syiling terdapat gambar potrait Raja Henry VIII yang merupakan potrait asal digunakan pada syiling ketika itu. Di luar lingkaran syiling pula terdapat perkataan dalam bahasa Inggeris kuno serta nilai muka syiling terdapat di bawah potrait.
Muka BelakangDi muka belakang terdapat potrait Ratu Elizabeth II serta perkataan BRITISH VIRGIN ISLANDS, QUEEN ELIZABETH II dan tahun 2007 di atasnya.
0 comments:
Post a Comment