Bahan Mentah - Perak tulen 999 (99.9%)
Berat - 1ozt. (31.103gram)
Diameter - 40.6mm
Bentuk - bulat
Tahun - 2010
Nilai Muka - 1 Dollar
Keadaan - 'Frosted Uncirculated' (UNC)
Buatan
Australia
Tempaan - the Perth Mint, Australia
Limit - NA
Koala (Phascolarctos cinereus) merupakan sejenis marsupial daripada keluarga Phascolarctidae dan banyak terdapat di negara Australia. Terdapat tiga sub-spesis koala di Australia. Berat seekor koala dewasa adalah dalam purata 5 hingga 14kg mengikut spesis. Koala merupakan salah satu haiwan yang mempunyai cap jari selain daripada primate. Koala adalah sejenis haiwan herbivor dan banyak menghabiskan masanya di atas pokok eucalypt.
Australia ialah negara pulau yang terletak di Australasia di hemisfera selatan. Ibu negaranya adalah Canberra dan bandar terbesarnya adalah Sydney. Kerajaannya adalah demokrasi berparlimen persekutuan dan raja berperlembagaan di mana Ratu Elizabeth II sebagai rajanya. Australia mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom melalui perlembagaan pada 1 Januari 1901. Ia mempunyai kira-kira 22.5 juta orang penduduk. Australia menggunakan matawang Dollar (AUD).
Ditengah-tengah syiling terdapat lukisan seekor koala yang merangkak di atas dahan pokok dan sedang memakan daun eucalypt. Di sebelahnya dicetak huruf P yang menunjukkan tempat percetakan syiling ini iaitu Perth manakala di bawahnya pula ada perkataan 1OZ 999 SILVER.
Muka Belakang
Di muka belakang terdapat lukisan potrait Ratu Elizabeth II dan perkataan ELIZABETH II AUSTRALIA 2010 serta 1 DOLLAR di bawahnya.
0 comments:
Post a Comment