Bahan Mentah - Perak sterling 925 (92.5%)
Berat - 31.47gram
Diameter - 38.61mm
Bentuk - bulat
Tahun -1996
Nilai Muka - 1 Pa'anga
Keadaan - Peruf (P)
Buatan
TongaTempaan - Royal Mint, United Kingdom
Limit - 40,000
Syiling keluaran khas ini merupakan syiling khas memperingati Ratu Elizabeth I ataupun nama sebenarnya, Lady Elizabeth Bowes-Lyon diberi gelaran the Queen Mother. Dilahirkan pada 4 Ogos 1900, Ratu Elizabeth merupakan salah seorang kerabat diraja British yang dihormati. Ratu ini merupakan salah seorang wanita yang berpengaruh besar dalam abad ke-20 ini. Baginda berkahwin dengan Putera Albert pada tahun 1923.
Tonga merupakan negara kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik Selatan. Tonga mempunyai 126 pulau walaubagaimanapun 52 buah daripadanya adalah tidak berpenghuni. Ibu negaranya adalah Nuku'alofa. Ia merupakan negara raja berperlembagaan dan mendapat kemerdekaan daripada British pada 4 Jun 1970. Ia mempunyai kira-kira 104 ribu orang penduduk. Ia menggunakan matawang Pa'anga (TOP).
Muka Depan Ditengah-tengah syiling terdapat gambar mahkota diraja. Di atas gambar terdapat perkataan THE CROWN OF THE QUEEN MOTHER manakala tahun 1937 di bawahnya. Di lingkaran luar syiling terdapat perkataan QUEEN ELIZABETH THE QUEEN MOTHER di atasnya dan ONE PA'ANGA di bawah.
Muka Belakang
Di muka belakang terdapat jata negara Tonga serta nama rasmi negara itu di atasnya iaitu KINGDOM OF TONGA. Manakala tahun keluaran syiling ini terletak di bawahnya, 1996.
0 comments:
Post a Comment