Spesifikasi
Ukuran - 140mm x 68mm
Siri Keluaran - 2010
Warna - hijau
Nilai Muka - 5000 Shillings
Keadaan - 'Uncirculated' (UNC)Material - kertas kapas
Buatan
De La Rue
Uganda terletak di Afrika Timur bersempadanan dengan Kenya, Sudan, Congo, Tanzania dan Rwanda. Ibu negaranya adalah Kampala. Kerajaannya adalah republik berdemokrasi. Ia mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom pada 9 Oktober 1962. Ia mempunyai kira-kira 32 juta orang penduduk. Ia menggunakan matawang Shilling (UGX).
Muka Depan
Di sebelah kiri wang terdapat lukisan tugu peringatan dan di belakangnya gambar pergunungan. Nilai muka wang 5000 ditulis di kanan atas serta kiri bawah wang serta ditulis secara menegak di sebelah kanan. Di kiri atas pula terdapat perkataan BANK OF UGANDA. Manakala di tengah-tengah pula terdapat jata negara Uganda serta perkataan FIVE THOUSAND SHILLINGS dan SHILLINGI ELFU TANO di bawahnya. Tanda tangan gabenor terletak di tepi jata. Terdapat juga lambang Bank Uganda di sebelah kanan bawah wang. Tanda tangan setiausaha terletak di sebelahnya.
Muka Belakang
Muka Belakang
Di tengah wang terdapat gambar sekumpulan burung dan sarangnya. Di depannya pula terdapat gambar peta negara Uganda. Nombor 5000 pula di bahagian kanan atas dan kiri bawah wang dan perkataan FIVE THOUSAND SHILLINGS serta SHILLINGI ELFU TANO di kanan bawah. BANK OF UGANDA pula dicetak di sebelah nombor di kanan atas. Di sebelah kanan wang terdapat gambar lukisan patung ukiran puak di Uganda.
0 comments:
Post a Comment