Spesifikasi
Ukuran - 140mm x 70mm
Siri Keluaran - 2005
Warna - ungu
Nilai Muka - 20 Dirhams
Keadaan - 'Uncirculated' (UNC)Material - kertas kapas
Buatan
Bank Al-Maghrib
Morocco terletak di utara Afrika. Ibu negaranya adalah Rabat dan Casablanca merupakan bandar yang terbesar. Kerajaannya adalah raja berperlembagaan. Ia mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada 2 Mac 1956. Ia mempunyai kira-kira 33 juta orang penduduk dan ramai terdiri daripada suku kaum Berber. Ia menggunakan matawang Dirham (MAD).
Muka Depan
Di sebelah kiri wang terdapat lukisan potrait Sultan Mohammed VI yang kini memerintah Morocco. Di belakang potrait pula terdapat lukisan runtuhan Necropole du Chellah yang terletak di Rabat. Di bahagian kiri dan kanan serta bawah wang terdapat nilai muka 20. Di atas wang pula terdapat perkataan yang ditulis dalam bahasa Arab yang bermaksud Bank Morocco dan Dua Puluh Dirham. Tandatangan terdapat di bahagian kanan atas wang.
Muka Belakang
Muka Belakang
Di tengah wang terdapat gambar pemandangan Les Oudayas yang terletak di Rabat. Di atas pula dicetak perkataan BANK AL-MAGHRIB serta 20 DIRHAMS. Nilai muka 20 dicetak di bahagian kanan dan kiri wang.
0 comments:
Post a Comment