Bahan Mentah - Perak sterling 999 (99.9%)
Berat - 1ozt. (31.1gram)
Diameter - 40.0mm
Bentuk - bulat
Tahun - 1999
Nilai Muka - 1 Dollar
Keadaan - 'Frosted Uncirculated'
Buatan
Australia
Tempaan - the Royal Australian Mint, Canberra
Limit - NA
Kanggaru merupakan sejenis marsupial daripada keluarga Macropodidae dan banyak terdapat di negara Australia. Terdapat beberapa jenis kanggaru di Australia seperti Kanggaru Merah, Kanggaru Perang Timur, Kanggaru Perang Barat dan Kanggaru Antilopine. Selain itu terdapat juga 50 spesis daripada keluarga Macropodidae di Australia. Kanggaru menggunakan kaki belakangnya untuk melompat demi bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Lompatan kanggaru boleh mencapai kelajuan 70km/jam jika berada dalam keadaan kecemasan dan boleh mengekalkan kelajuan 40km/jam untuk jarak 3 kilometer. Makanan utama kanggaru adalah rumput dan mereka merupakan binatang noktural.
Australia ialah negara pulau yang terletak di Australasia di hemisfera selatan. Ibu negaranya adalah Canberra dan bandar terbesarnya adalah Sydney. Kerajaannya adalah demokrasi berparlimen persekutuan dan raja berperlembagaan di mana Ratu Elizabeth II sebagai rajanya. Australia mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom melalui perlembagaan pada 1 Januari 1901. Ia mempunyai kira-kira 22.5 juta orang penduduk. Australia menggunakan matawang Dollar (AUD).
Ditengah-tengah syiling terdapat lukisan dua ekor kanggaru yang berdiri beriringan satu sama lain. Di atas kanannya ada perkataan ONE DOLLAR manakala di kirinya 1 OUNCE FINE SILVER. Di sebelah kanan bawah syiling terdapat huruf C yang menunjukkan tempat tempaan syiling iaitu Canberra.
Muka Belakang
Di muka belakang terdapat lukisan potrait Ratu Elizabeth II dan perkataan ELIZABETH II di sebelah kiri syiling serta AUSTRALIA 1999 di kanannya.
0 comments:
Post a Comment