Spesifikasi
Bahan Mentah - Perak .925 (92.5%) dengan cameo emas 22K
Berat - 10gram
Diameter - 30mm
Bentuk - bulat
Tahun -1997
Nilai Muka - 1 Dollar
Keadaan - Peruf (P)Buatan
Barbados
Tempaan - Royal Mint, United Kingdom
Limit - 60,000
Ratu Elizabeth II ataupun nama sebenarnya Elizabeth Alexandra Mary dilahirkan pada 21 April 1926. Beliau merupakan ratu memerintah ataupun ketua negara-negara berdaulat Komanwel seperti United Kingdom, Canada, Australia, New Zealand, Jamaica, Barbados, the Bahamas, Grenada, Papua New Guinea, the Solomon Islands, Tuvalu, Saint Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Belize, Antigua and Barbuda, dan Saint Kitts and Nevis serta Ketua Komanwel bagi 54 negara ahli Komanwel termasuklah Malaysia. Beliau berkahwin dengan Putera Philip, Duke of Edinburgh dan mempunyai 4 orang anak iaitu Putera Charles, Prince of Wales, Andrew, Duke of York, Edward, Earl of Wessex dan Puteri Anne, Princess Royal.
Barbados terletak di utara Lautan Atlantik dan merupakan negara kepulauan Lesser Antilles. Ibu negaranya adalah Bridgetown dan mempunyai kira-kira 275 ribu orang penduduk yang terdiri daripada suku Afro-Bajan dan Asia. Negaranya diperintah dengan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom pada 30 November 1966. Ia menggunakan matawang Dollar Barbados (BBD).

Di tengah syiling terdapat gambar Ratu Elizabeth II dan Putera Philip yang berpandangan satu sama lain. Di atasnya pula terdapat logo E dan P yang disadur dengan emas cameo 22 karat. Di luar lingkaran atas syiling terdapat perkataan ELIZABETH AND PHILIP serta tahun 1947 di sebelah kiri dan 1997 di sebelah kanan syiling yang menunjukkan tempoh ulang tahun perkahwinan mereka. Di bahagian bawah pula terdapat nilai muka syiling iaitu ONE DOLLAR.
Muka Belakang
Di tengah syiling terdapat jata negara Barbados. Di atasnya pula terdapat perkataan BARBADOS dan 1997 di bawahnya.
0 comments:
Post a Comment