Spesifikasi
Ukuran - 130mm x 63mm
Siri Keluaran - 2003
Warna - hijau
Nilai Muka - 500 Shillings
Keadaan - 'Uncirculated' (UNC)Material - kertas kapas
Buatan
De La Rue
Tnazania terletak di tengah Afrika Timur bersempadanan dengan Kenya dan Uganda di utara, Rwanda, Congo dan Burundi di sebelah barat dan Zambia, Malawi serta Mozambique di sebelah selatan. Ibu negaranya adalah Dodoma. Kerajaannya adalah republik. Ia mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom pada 9 Disember 1961. Ia mempunyai kira-kira 44 juta orang penduduk. Ia menggunakan matawang Shilling (TZS).
Muka Depan
Di sebelah kanan wang terdapat lukisan seekor kerbau serta gambar pemandangan di sebuah safari. Nilai muka wang 500 ditulis di kanan bawah dan kiri atas wang serta perkataan SHILINGI MIA TANO di bawahnya. Di kiri atas pula terdapat perkataan BENKI KUU YA TANZANIA. dan FEDHA HALALI KWA MALIPO YA SHILINGI MIA TANO. Manakala di tengah-tengah pula terdapat jata negara Tanzania serta tanda tangan gabenor terletak di bawah nya.
Muka Belakang
Muka Belakang
Di tengah wang terdapat gambar Nkrumah Hall yang berada di Universiti Dar Es Salaam serta lambang ular yang melingkari sebatang tongkat di depannya. Di belakangnya pula terdapat gambar kapal yang dicetak secara berulaang-ulang. Di atas wang terdapat perkataan BANK OF TANZANIA. Nilai muka wang 500 berserta FIVE HUNDRED SHILLINGS dicetak di bahagian kanan atas dan kiri bawah.
0 comments:
Post a Comment