Bahan Mentah - Perak sterling 925 (92.5%)
Berat - 31.47gram
Diameter - 38.61mm
Bentuk - bulat
Tahun -1996
Nilai Muka - 20 Dalasi
Keadaan - Peruf (P)
Buatan
Gambia
Tempaan - Royal Mint, United Kingdom
Limit - NA
Syiling keluaran khas ini merupakan syiling khas memperingati Ratu Elizabeth I ataupun nama sebenarnya, Lady Elizabeth Bowes-Lyon diberi gelaran the Queen Mother. Dilahirkan pada 4 Ogos 1900, Ratu Elizabeth merupakan salah seorang kerabat diraja British yang dihormati. Ratu ini merupakan salah seorang wanita yang berpengaruh besar dalam abad ke-20 ini. Baginda berkahwin dengan Putera Albert pada tahun 1923.
Gambia merupakan negara di Afrika Barat. Ia merupakan negara paling kecil di tanah besar Afrika bersempadanan dengan Senegal dan Lautan Atlantik. Ibu negaranya adalah Banjul. Ia merupakan negara republik dan mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom pada 18 Februari 1962. Ia mempunyai kira-kira 1.7 juta orang penduduk. Gambia menggunakan matawang Dalasi (GMD).
Muka Depan Ditengah-tengah syiling terdapat gambar Ratu Elizabeth I semasa kanak-kanaknya. Di atas gambar terdapat perkataan THE YOUNG LADY ELIZABETH manakala tahun semasa gambar diambil 1909 di bawahnya. Di lingkaran luar syiling terdapat perkataan QUEEN ELIZABETH THE QUEEN MOTHER di atasnya dan 20 DALASIS di bawah.
Muka Belakang
Di muka belakang terdapat jata negara Gambia serta nama rasmi negara itu di atasnya iaitu REPUBLIC OF THE GAMBIA. Manakala tahun keluaran syiling ini terletak di bawahnya, 1996.
0 comments:
Post a Comment