Spesifikasi
Bahan Mentah - Perak sterling 925 (92.5%)
Berat - 28.28gram
Diameter - 38.6mmBentuk - bulat
Tahun - 2000
Nilai Muka - 5 Pounds
Keadaan - Peruf (P) Buatan
Jersey
Tempaan -the Royal Mint, United Kingdom
Limit - NA
Milenium merupakan satu tempoh jangka masa yang bersamaan dengan seribu tahun. Tahun 2000 dikatakan tahun terakhir dalam abad ke-20 dan milenium ke-2. Bermulanya tahun 2001, maka bermulalah abad baru iaitu abad ke-21 dan milenium ke-3. Biasanya penggunaan umum mengganggap bahawa abad ke-21 berlangsung dari 2000 hingga ke 2099 dan milenium ke-3 bermula dari 2000 hingga ke 2999 dengan syarat permulaan tahun hendaklah dari tahun sifar.
Jersey ataupun Bailiwick of Jersey terletak di luar pantai Normandy, Perancis. Ia merupakan negara jajahan takluk British. Bailiwick of Jersey terdiri daripada pulau Jersey dan dua buah pulau yang tidak lagi berpenduduk iaitu pulau Minquiers and Ecrehous dan pulau Pierres de Lecq. Ibu negaranya adalah Saint Helier. Ia terpisah daripada tanah besar Normandy pada tahun 1204. Ia mempunyai kira-kira 92 ribu orang penduduk. Ia menggunakan matawang Pound Sterling (GBP).

Ditengah-tengah syiling terdapat lukisan glob yang terdapat perkataan 1999>2000 serta MILLENNIUM di tengahnya. Di atas nya terdapat perkataan BAILIWICK OF JERSEY dan FIVE POUNDS di bawahnya.
Muka Belakang
Di muka belakang terdapat potrait Ratu Elizabeth II serta perkataan QUEEN ELIZABETH THE SECOND dan 2000 di lingkaran luar syiling.
0 comments:
Post a Comment