Spesifikasi
Ukuran - 140mm x 69mm
Siri Keluaran - 2003
Warna - oren, coklat
Nilai Muka - 2000 Shillings
Keadaan - 'Uncirculated' (UNC)Material - kertas kapas
Buatan
De La Rue
Tanzania terletak di tengah Afrika Timur bersempadanan dengan Kenya dan Uganda di utara, Rwanda, Congo dan Burundi di sebelah barat dan Zambia, Malawi serta Mozambique di sebelah selatan. Ibu negaranya adalah Dodoma. Kerajaannya adalah republik. Ia mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom pada 9 Disember 1961. Ia mempunyai kira-kira 44 juta orang penduduk. Ia menggunakan matawang Shilling (TZS).
Muka Depan
Di sebelah kanan wang terdapat lukisan seekor singa jantan serta gambar pergunungan Kilimanjaro di belakangnya. Nilai muka wang 2000 ditulis di kanan bawah dan kiri atas wang serta perkataan SHILINGI ELFU MBILI di bawahnya. Di kiri atas pula terdapat perkataan BENKI KUU YA TANZANIA. dan FEDHA HALALI KWA MALIPO YA SHILINGI ELFU MBILI. Manakala di tengah-tengah pula terdapat jata negara Tanzania serta tanda tangan gabenor terletak di bawah nya.
Muka Belakang
Muka Belakang
Di tengah wang terdapat gambar Kubu Lama, Bandar Batu di Zanzibar serta gambar arca/batu di sebelahnya. Di atas wang terdapat perkataan BANK OF TANZANIA. Nilai muka wang 2000 berserta TWO THOUSAND SHILLINGS dicetak di bahagian kanan atas dan kiri bawah.
0 comments:
Post a Comment