Spesifikasi
Ukuran - 150mm x 78mm
Siri Keluaran - 2005
Warna - coklat
Nilai Muka - 100 Dirhams
Keadaan - 'Uncirculated' (UNC)Material - kertas kapas
Buatan
Bank Al-Maghrib
Morocco terletak di utara Afrika. Ibu negaranya adalah Rabat dan Casablanca merupakan bandar yang terbesar. Kerajaannya adalah raja berperlembagaan. Ia mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada 2 Mac 1956. Ia mempunyai kira-kira 33 juta orang penduduk dan ramai terdiri daripada suku kaum Berber. Ia menggunakan matawang Dirham (MAD).
Muka Depan
Di sebelah kiri wang terdapat lukisan potrait Sultan Mohammed VI yang kini memerintah Morocco serta gambar Mohammed V dan Hassan II. Di belakang potrait pula terdapat lukisan Mohammed V Mausoleum yang terletak di Rabat. Di bahagian kiri dan bawah wang terdapat nilai muka 100. Di atas wang pula terdapat perkataan yang ditulis dalam bahasa Arab yang bermaksud Bank Morocco dan Seratus Dirham. Tandatangan terdapat di bahagian kanan atas wang.
Muka Belakang
Muka Belakang
Di tengah wang terdapat gambar Perarakan Hijau ataupun the Green March pada November 1975 bagi menentang Sepanyol untuk mengembalikan Western Sahara kepada Morocco. Di atas pula dicetak perkataan BANK AL-MAGHRIB serta 100 DIRHAMS. Nilai muka 100 juga dicetak di bahagian kanan dan kiri wang.
0 comments:
Post a Comment