Spesifikasi
Bahan Mentah - Perak sterling 925 (92.5%)
Berat - 28.28gram
Diameter - 38.6mmBentuk - bulat
Tahun -1998
Nilai Muka - 2000 Dobras
Keadaan - Peruf (P) Buatan
São Tomé and Príncipe
Tempaan - NA
Limit - NA
Milenium merupakan satu tempoh jangka masa yang bersamaan dengan seribu tahun. Tahun 2000 dikatakan tahun terakhir dalam abad ke-20 dan milenium ke-2. Bermulanya tahun 2001, maka bermulalah abad baru iaitu abad ke-21 dan milenium ke-3. Biasanya penggunaan umum mengganggap bahawa abad ke-21 berlangsung dari 2000 hingga ke 2099 dan milenium ke-3 bermula dari 2000 hingga ke 2999 dengan syarat permulaan tahun hendaklah dari tahun sifar.
São Tomé and Príncipe merupakan negara pulau yang terletak di Teluk Guinea ke barat Afrika Tengah. Ibu negaranya adalah São Tomé. Kerajaannya adalah republik berdemokrasi. Ia mendapat kemerdekaan daripada Portugal pada 12 Julai 1975. Ia mempunyai kira-kira 163 ribu orang penduduk. Ia menggunakan matawang Dobra (STD).
Ditengah-tengah syiling terdapat lukisan kalendar tahun 2000 yang dilukis secara bulatan demi memperingati sambutan milenium yang baru pada tahun tersebut.Di atas nya terdapat perkataan O TERCEIRO MILENIO yang bermaksud 'The Third Millennium' ataupun Milenium Ketiga. Ditengah-tengah syiling pula terdapat perkataan 2000 DOBRAS, nilai muka syiling.
Muka Belakang
Di muka belakang terdapat jata negara São Tomé and Príncipe ditengahnya. Di atas jata pula terdapat perkataan REPÚBLICA DEMOCRATICA DE S. TOMÉ E PRÍNCIPE. Tahun 1998 keluaran syiling pula tercatat di sebelah bawah syiling.
0 comments:
Post a Comment