Spesifikasi
Ukuran - 156mm x 65mm
Siri Keluaran - 2004
Warna - ungu
Nilai Muka - 25 Gourdes
Keadaan - 'Uncirculated' (UNC)Material - kertas kapas
Buatan
NA
Haiti terletak di Lautan Caribbean bersempadanan dengan Republic Dominican yang berkongsi satu pulau yang sama. Ibu negaranya adalah Port-au-Prince . Kerajaannya adalah semi presiden republik. Ia mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada 17 Julai 1825 walaubagaimanpun Haiti telah pun mengisytiharkan kemerdekaan negaranya pada 1 Januari 1804 lagi. Ia mempunyai kira-kira 10.2 juta orang penduduk. Ia menggunakan matawang Gourde (HTG).
Muka Depan
Di sebelah kiri wang terdapat gambar Nicolas Geffrard (1762-1806), bekas presiden Haiti manakala di belakangnya pula terdapat gambar peperangan. Nilai muka wang 25 dicetak di sebelah penjuru kanan atas dan kiri atas wang. Di tengah atas pula terdapat perkataan BICENTENAIRE DE L'INDEPENDANCE D'HAITI dan BISANTNÉ ENDEPANDANS DAYITI serta 1804 dan 2004 yang menunjukkan ulang tahun ke-200 kemerdekaan Haiti. Di sebelah kanan wang terdapat perkataan VINGT-CINQ GOURDES dan VENNSENK GOUD serta bendera Haiti dan tandatangan. Jata negara Haiti pula terdapat di bahagian kiri atas wang.
Muka Belakang
Muka Belakang
Di tengah wang terdapat gambar Kubu Platons di Dussis, Haiti manakala di atasnya pula terdapat perkataan BANQUE DE LA REPUBLIQUE D'HAITI dan BANK REPIBLIK DAYITI. Di sebelah kanan dan kiri wang terdapat nilai muka 25 serta perkataan GOURDES dan GOUD.
0 comments:
Post a Comment