Spesifikasi
Ukuran - 140mm x 70mm
Siri Keluaran - 2003
Warna - biru, merah, kuning
Nilai Muka - 2 Tala
Keadaan - 'Uncirculated' (UNC)Material - polimer Guardian
Buatan
Note Printing Australia
Samoa, ataupun dahulunya dikenali sebagai Western Samoa dan German Samoa merupakan negara pulau di bahagian barat kepulauan Samoa di Lautan Pasifik Selatan. Ibu negaranya adalah Apia. Kerajaannya adalah republik berparlimen. Ia mendapat kemerdekaan daripada New Zealand pada 1 Januari 1962. Ia mempunyai kira-kira 179 ribu orang penduduk. Ia menggunakan matawang Tala (WST).
Muka Depan
Di sebelah kanan wang terdapat potrait Malietoa Tanumafili II, bekas ketua kerajaan Samoa. Di belakang potrait terdapat lukisan panorama bandar Apia. Nilai muka wang 2 dan TWO TALA ditulis di sebelah kanan atas serta kiri wang dalam bahasa Samoa, LUA TALA. Di atas pula terdapat perkataan FALETUPE TUTOTONU O SAMOA yang bermaksud CENTRAL BANK OF SAMOA seperti tertulis di bahagian bawah wang. Tanda tangan gabenor terletak di bahagian kiri wang bersama nombor siri.
Muka Belakang
Di tengah wang terdapat gambar lukisan sebuah keluarga Samoa di dalam rumah mereka yang disebut fale. Di atas pula terdapat perkataan FALETUPE TUTOTONU O SAMOA yang bermaksud CENTRAL BANK OF SAMOA seperti tertulis di bahagian bawah wang. Simbol bank Samoa terdapat di bahagian kanan atas. Nombor 2 pula di bahagian kanan bawah dan kiri atas wang.
Info
Orang Samoa menggunakan bahasa Samoa yang tergolong dalam keluarga bahasa Malayo-Polynesian dan mempunyai persamaan dengan bahasa Melayu. Sebagai contoh nombor DUA dalam bahasa Samoa adalah LUA manakala LIMA adalah LIMA dan SEPULUH adalah SEFULU.
0 comments:
Post a Comment