Spesifikasi
Ukuran - 140mm x 72mm
Siri Keluaran - 2008
Warna - merah jambu, oren
Nilai Muka - 5 Tala
Keadaan - 'Uncirculated' (UNC)Material - kertas kapas
Buatan
De La Rue
Samoa, ataupun dahulunya dikenali sebagai Western Samoa dan German Samoa merupakan negara pulau di bahagian barat kepulauan Samoa di Lautan Pasifik Selatan. Ibu negaranya adalah Apia. Kerajaannya adalah republik berparlimen. Ia mendapat kemerdekaan daripada New Zealand pada 1 Januari 1962. Ia mempunyai kira-kira 179 ribu orang penduduk. Ia menggunakan matawang Tala (WST).
Muka Depan
Di tengah wang terdapat lukisan perkampungan Samoa dan rumah mereka yang dipanggil fale serta pokok-pokok di tepi teluk dan pantai. Nilai muka wang 5 ditulis di sebelah kanan atas serta kiri bawah wang serta LIMA TALA dan FIVE TALA di sebelah kiri atas. Di atas pula terdapat perkataan FALETUPE TUTOTONU O SAMOA yang bermaksud CENTRAL BANK OF SAMOA seperti tertulis di bahagian bawah wang. Tanda tangan gabenor terletak di bahagian kanan wang bersama nombor siri.
Muka Belakang
Di tengah wang terdapat gambar Villa Vailima, bekas kediaman Robert Louis Stevensondi Bukit Vaea, Samoa. Di atas pula terdapat perkataan FALETUPE TUTOTONU O SAMOA yang bermaksud CENTRAL BANK OF SAMOA seperti tertulis di bahagian bawah wang. Simbol bank Samoa terdapat di bahagian kanan bawah. Nombor 5 pula di bahagian kanan atas dan bawah serta kiri bawah wang manakala LIMA TALA dan Five Tala di bahagian kiri atas.
Info
Orang Samoa menggunakan bahasa Samoa yang tergolong dalam keluarga bahasa Malayo-Polynesian dan mempunyai persamaan dengan bahasa Melayu. Sebagai contoh nombor DUA dalam bahasa Samoa adalah LUA manakala LIMA adalah LIMA dan SEPULUH adalah SEFULU.
0 comments:
Post a Comment