Spesifikasi
Bahan Mentah - Perak sterling 925 (92.5%)
Berat - 33.625gram
Diameter - 38mm
Bentuk - bulat
Tahun -1985
Nilai Muka - 100 Pesos
Keadaan - Peruf (P) Buatan
Mexico
Tempaan - Casa de Moneda de la Ciudad de Mexico
Limit - NA
Syiling keluaran khas dari Mexico ini merupakan syiling khas memperingati Piala Dunia FIFA Mexico 1986 yang diadakan pada 31 Mei hingga 29 Jun. Terdapat 45 pasukan bola sepak dari seluruh dunia menyertai kejohanan terbabit. Argentina menjadi johan perlawanan diikuti Jerman Barat di tempat kedua dan Perancis di tempat ketiga serta Belgium di tempat keempat. Sebanyak 53 perlawanan diadakan sepanjang kejohanan dengan mengumpul 132 jaringan gol. Pemain terbaik dirangkul oleh Gary Lineker dari England dengan 6 jaringan.
Mexico terletak di Amerika Utara, bersempadanan dengan Amerika Syarikat di sebelah utara, Guatemala, Beliza dan Lautan Caribbean di sebelah tenggara. Ibu negaranya adalah Mexico City dan mempunyai kira-kira 112 juta orang penduduk. Negaranya diperintah dengan sistem republik berpersekutuan. Mexico mendapat kemerdekaan daripada Sepanyol pada 16 September 1820. Ia menggunakan matawang Peso (MXN).
Muka Depan Di bahagian kiri syiling terdapat gambar pemain bola yang sedang menimbang/menanduk bola di belakang jaring gol. Di sebelah kiri pula terdapat perkataan $100, 1985 serta MEXICO86 yang masing-masing menunjukkan nilai muka syiling, tahun keluaran serta simbol/logo Piala Dunia FIFA 1986. Terdapat juga perkataan COPA MUNDIAL DE FUTBOL yang ditulis secara menegak.
Muka Belakang
Di tengah syiling terdapat jata negara Mexico serta perkataan ESTADOS UNIDOS MEXICANOS yang bermaksud United Mexican States ataupun Negeri-negeri Bersatu Mexico.
0 comments:
Post a Comment